Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Liberia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIBERIA

Liberia ialah sebuah negara di pantai barat Afrika.

Ia merupakan negara merdeka yang kedua tertua

di dunia yang kebanyakan penduduknya terdiri

daripada warganegara kulit hitam. Negara merdeka

yang tertua ialah Haiti. Liberia ditubuhkan pada

tahun 1822 oleh hamba abdi yang telah dibebaskan

dan dihantar ke sini oleh masyarakat penjajah di

Amerika Syarikat. Hamba abdi yang dibebaskan

ini disertai oleh hamba abdi lain yang dibebaskan

daripada kapal hamba abdi yang menuju ke

Amerika Syarikat. Nama Liberia berasal daripada

perkataan Latin yang bermakna Tanah Bebas.

UMUM 
MONROVIA

Monrovia (pend. 421 058) ialah ibu negara dan

bandar utama Liberia, negara di barat Afrika.

Monrovia terletak di pantai Atlantik, di muara

Sungai Saint Paul, dan mempunyai sebuah

pangkalan yang baik dan moden. Untuk lokasi, lihat

Liberia (peta). Monrovia ialah pusat pendidikan dan

kebudayaan Liberia. Universitiy of Liberia terletak di

bandar Monrovia.

Monrovia mengambil sempena nama James

Monroe, Presiden Amerika Syarikat. Bandar ini

diasaskan pada tahun 1822 oleh Persatuan

Penjajahan Amerika. Persatuan ini telah menebus

kebebasan ramai hamba abdi Amerika dan

membantu mereka menubuhkan Republik Liberia.

UMUM 
PERSIDANGAN AFRO-ASIA

PERSIDANGAN AFRO-ASIA, persidangan pertama negara-negara Asia dan Afrika.  Persidangan ini diadakan di Bandung, Indonesia pada 18 hingga 24 April 1955.  Sebanyak 29 buah negara Asia dan Afrika mewakili persidangan ini, Asia diwakili oleh Afghanistan, Arab Saudi, Burma, Kemboja, Ceylon, China, India, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Laos, Lebanon, Nepal, Pakistan, Filipina, Syria, Thailand, Turki, Vietnam Utara, Vietnam Selatan dan Yaman.  Negara-negara Afrika yang hadir ialah Ethiopia, Gold Coast, Liberia, Libya, Mesir dan Sudan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa

Kembali ke atas