| PAIP HABA | Paip haba ialah peranti yang memindahkan banyak haba dari satu tempat ke tempat lain pada suhu yang agak malar. Paip haba boleh memindahkan lebih banyak haba per unit keluasan daripada pengalir logam yang terbaik, termasuk tembaga dan perak. Tidak seperti kebanyakan peranti pemindah haba, paip haba tidak memerlukan sumber kuasa luar. Ciri ini menjadikan tenaga lebih cekap dan lebih jimat. | UMUM | |
| DEKAL | Dekal ialah proses memindahkan reka bentuk bercetak, surat atau gambar dari sekeping kertas yang khas ke atas berbagai-bagai permukaan lain | UMUM | |
| DROVING | Droving ialah istilah yang digunakan untuk memindahkan lembu ke tempat yang jauh. | UMUM | |
| TAKAL | Takal ialah sejenis roda yang dipasangkan dengan tali atau tali sawat bertujuan untuk memindahkan tenaga dan melakukan kerja. Takal yang dipasangkan dengan tali mempunyai rim beralur, manakala takal untuk tali sawat pula, rimnya berbentuk laras, dan tali tersebut dipasangkan di bahagian paling atas rim. | UMUM | |
| DODOMA | Dodoma (pend. 45 703) ialah sebuah bandar di pusat Tanzania. Pada tahun 1973, rakyat Tanzania mengundi memindahkan ibu negara dari pesisir bandar Dar es Salam ke Dodoma. Perpindahan ini dirancang selesai pada tahun 1990-an. Dodoma dipilih sebagai pusat bagi ibu negara baharu khusus disebabkan kedudukannya yang di tengah-tengah Tanzania. Untuk lokasi, lihat Tanzania (peta). | UMUM | |
| ALAT BAHAGI | Alat bahagi ialah alat yang digunakan bagi membahagikan baris menjadi bahagian yang sama. Ia juga memindahkan dimensi dari pembaris ke peta atau lukisan. Alat bahagi memplot dan mengukur jarak sempit di antara dua titik dengan lebih tepat daripada pembaris. Ia juga dapat digunakan pada peta bagi mengukur jarak di antara dua titik berdasarkan jarak pada skala. | UMUM | |
| KEDAMAIAN SEMENTARA | Kedamaian sementara ialah penangguhan pertempuran antara pihak yang bertentangan dalam peperangan. Kedamaian sementara mungkin diadakan untuk memindahkan mereka yang cedera dari medan pertempuran, mengebumikan mereka yang terkorban, penukaran tawanan perang, ataupun menghormati hari kelepasan keagamaan. | UMUM | |
| SATELIT TIRUAN | Satelit tiruan ialah objek buatan yang mengorbit bumi ataupun jasad-jasad lain secara berterusan di angkasa. Kebanyakan satelit tiruan mengorbit bumi. Manusia menggunakannya untuk mengkaji alam semesta, membantu dalam peramalan cuaca, memindahkan panggilan telefon merentas lautan, membantu pengemudian kapal dan kapal terbang, memantau tanaman pertanian dan sumber alam lain, dan memerhati pergerakan peralatan tentera di bumi. | UMUM | |
| PATTEN, CHRISTOPHER FRANCIS | Patten, Christopher Francis (1944– ), menjadi gabenor Hong Kong pada tahun 1992. Selama lima tahun memegang jawatan ini, dia bertanggungjawab memindahkan Hong Kong daripada kawalan Inggeris kepada pemerintahan China. | UMUM | |
| SENGKENIT | Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak. Sengkenit sering membawa kuman penyakit tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang. | UMUM | |