| KETUA HAKIM NEGARA | Ketua Hakim Negara, jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman negara. Pemegang jawatan ini mengetuai Mahkamah Persekutuan. | UNDANG-UNDANG | Jawatan/Gelaran |
| SULTAN AZLAN SHAH | Sultan Azlan Shah (1928– ) ialah Sultan Perak yang ke-34 (1984– ). Baginda juga terkenal dalam bidang perundangan dan pernah memegang jawatan penting seperti Hakim Mahkamah Persekutuan (1973), Hakim Besar Malaya (1979) dan Ketua Hakim Negara (1980). Selain itu, baginda pernah menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong dari 29 April 1984 hingga 25 April 1989 dan Yang di-Pertuan Agong dari 29 April 1989 hingga 25 April 1994. | UMUM | |
| CHANG MIN TAT, TAN SRI DATUK | Chang Min Tat, Tan Sri Datuk (1916 - 2007), bekas Hakim Mahkamah Persekutuan. Beliau dilahirkan di Ipoh pada bulan April 1916 dan menerima pendidikan awal di St. Michael’s Institution, Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura. | UNDANG-UNDANG | Tokoh |
| WAN SULAIMAN PAKWAN TEH | WAN SULAIMAN PAKWAN TEH, Tan Sri (1926- ), Hakim Mahkamah Persekutuan (1974-1988). Dia lahir pada 17 Mei 1926 di Teluk Intan, Perak. Wan Sulaiman mendapat pendidikan di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang sastera dari Raffles College, Singapura. Dia melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan memperoleh Barrister-at-Law dari Loncoln’s, London pada tahun 1955. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| AUSTRALIA, SISTEM PERUNDANGAN | Australia, Sistem perundangan. Sistem perundangan Australia sebahagian besarnya berdasarkan sistem perundangan England. Banyak undang-undang Australia kini berasal daripada undang-undang Inggeris yang dibawa oleh peneroka awal. Tetapi, Australia adalah persekutuan enam buah negeri. Dalam pengertian sebenar, Australia mempunyai beberapa sistem perundangan, bukannya satu. Ini kerana setiap negeri mempunyai sistem mahkamah negerinya sendiri dan mempunyai undang-undang yang hanya dilaksanakan di dalam negeri. Di samping itu, Australia mempunyai sistem mahkamah persekutuan dan undang-undang persekutuan yang dilaksanakan di seluruh negara. | UMUM | |