| ADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG | ADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG, upacara menabalkan sultan yang dilantik oleh Majlis Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong. Upacara ini diadakan lima tahun sekali dan penuh dengan adat istiadat diraja. | BUDAYA | Konsep |
| MADRASAH MUHAMMADIYAH | MADRASAH MUHAMMADIYAH, salah sebuah sekolah agama terawal di Kelantan yang mengikut kaedah pendidikan persekolahan moden. Nama penuh madrasah ini ialah al-Madrasah al-Muhammadiyah al-Kelantaniyah. Madrasah ini ditubuhkan pda 5 Ogos 1917 oleh Jabatan Pendidikan Agama, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |