Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (person), (orang) Melayu; 2. (language) bahasa Melayu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Malay

Peribahasa

75

If the shoe fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas (kepedasan)

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa makan lada dialah terasa pedas!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASPECT OF MALAY PHONOLOGY AND MORPHOLOGY - A GENERATIVE APPROACH BAHASAKonsep
THE MALAY PRESS

THE MALAY PRESS, pencetak. The Malay Press atau Percetakan Melayu, Kuala Pilah ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Abdul Ghani Abdullah. Buku-buku yang dicetak oleh The Malay Press diterbit dan diedarkan sepenuhnya oleh The Sentosa Store yang juga terletak di Kuala Pilah. Buku-buku dan majalah tersebut diedarkan ke seluruh Tanah Melayu, Singapura, Indonesia, Brunei dan Borneo. Turut juga diedarkan ke wilayah berbahasa Melayu di selatan Thailand dan di beberapa buah negara di Asia Barat di mana terdapat pelajar Melayu menuntut di sana. Buku-buku yang dicetak oleh The Malay Press meliputi buku bercorak agama, novel (roman), buku pengetahuan dan pendidikan, dan majalah Juita.

SASTERAInstitusi/Organisasi
A MALAY-ENGLISH DICTIONARY (ROMANISED)

 MALAY-ENGLISH DICTIONARY (ROMANISED), kamus dwibahasa Melayu-Inggeris yang disusun oleh R.J. Wilkinson, diterbitkan pada tahun 1932 oleh penerbit Salavopoulos and Kinderlis di Mytilene, Greece.

BAHASAKonsep
MALAY NAVY

MALAY NAVY, pasukan tentera laut yang terdiri daripada belia Melayu. Nama sebenar pasukan ini ialah Royal Navy Section atau ringkasnya ialah Royal Malay Navy, tetapi dikenali sebagai Malay Navy. Pengambilan pertama anggota baharu dibuat pada bulan September 1939, di Singapura di bawah perintah Lieutenant Commander H. Vickers RN.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MALAY-INDONESIAN SYNONYMS

MALAY-INDONESIAN SYNONYMS, kamus pertama yang menerangkan perbezaan antara bahasa Melayu (BM) yang dituturkan di Brunei, Malaysia dan Singapura dengan bahasa Indonesia (BI). Malay-Indonesian Synonyms atau Comparative Dictionary of Malay Indonesian Synonyms, diterbitkan oleh Time Books International, Kuala Lumpur pada tahun 1991. Kamus ini disusun oleh Dr. Leo Suryadinata dan disunting oleh Profesor Dr. Abdullah Hasan.

BAHASAPenerbitan
AN UNABRIDGED MALAY-ENGLISH DICTIONARY

AN UNABRIDGED MALAY-ENGLISH DICTIONARY, kamus dwibahasa yang disusun oleh R.O. Winstedt.

BAHASAKonsep
BASIC SYNTACTIC STRUCTURES IN STANDARD MALAYBasic Syntactic Structures in Standard Malay, buku kajian tentang struktur sintaksis asas bahasa Melayu, hasil karangan E.M.F. Payne dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1970.BAHASAKonsep
A DICTIONARY OF THE MALAY TONGUE

A DICTIONARY OF THE MALAY TONGUE, kamus yang disusun oleh James Howison, terbahagi kepada dua bahagian iaitu Inggeris-Melayu dan Melayu-Inggeris.  Kamus ini diterbitkan pada tahun 1801.

BAHASAKonsep
MALAY LITERATURE

MALAY LITERATURE, jurnal sastera dwibahasa. Jurnal ini mula diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada bulan Julai 1988. Jurnal ini diharapkan dapat memperkenalkan kesusasteraan Alam Melayu, Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura kepada dunia luar. Malay Literature diterbitkan dua kali setahun iaitu pada setiap bulan Januari dan Julai dan diterbitkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

SASTERAPenerbitan
A CRITICAL SURVEY OF STUDIES ON MALAY AND BAHASA INDONESIA

A CRITICAL SURVEY OF STUDIES ON MALAY AND BAHASA INDONESIA, siri kelima penerbitan bibliografi yang dibiayai oleh The Netherlands Institute for International Cultural Relations atau Koninklijk Instituut voor Taal Land-en Volkenkunde.

BAHASAKonsep
12345

Kembali ke atas