MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC) | Malaysian Indian Congress (MIC) ialah parti terbesar kaum India di Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
AZMAN HASHIM, TAN SRI | Azman Hashim, Tan Sri (1939– ), tokoh korporat terkenal di Malaysia dalam bidang perniagaan melalui entiti perniagaan yang dimilikinya iaitu Arab-Malaysian Merchant Bank dan Arab-Malaysian Corporation (AMCORP). | UMUM | |
H.S. LEE, TUN | H.S. Lee, Tun (1901 – 1988) ialah pengasas parti Malaysian Chinese Association (MCA) dan Menteri Kewangan yang pertama | UMUM | |
S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI | S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1 Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938 sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949. Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai Seremban), dan mengambil kontrak memberi perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949, dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka cawangan perniagaan keluarganya di bandar tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali sebagai Java Street). | UMUM | |
PERBADANAN KEMAJUAN GETAH MALAYSIA (MARDEC) | Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) ialah agensi milik kerajaan yang bertanggungjawab mempertingkatkan kualiti pengeluaran dan pemasaran getah. Perbadanan ini lebih dikenali sebagai MARDEC iaitu singkatan daripada Malaysian Rubber Development Corporation. | UMUM | |
JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA | JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (Malaysian Solidarity Consultative Committee), badan perancangan untuk tindakan penubuhan Malaysia. Badan ini ditubuhkan pada 21 Ogos 1961 di Jesselton, Sabah, sebagai satu cawangan kepada Persatuan Parlimen Komenwel (Commonwealth Parliamentary Association). Jawatankuasa ini ditubuhkan berikutan pengumuman Perdana Mentari Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, mengenai ‘satu kerjasama politik dan ekonomi’ antara Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MAYC | MAYC, pertubuhan belia yang terkenal di Malaysia. MAYC ialah singkatan Malaysian Association of Youth Clubs (Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia). Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1954. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TOKOH GURU | TOKOH GURU, anugerah untuk menghargai dan mengiktiraf kerjaya dalam bidang pendidikan. Anugerah ini mula diperkenalkan sekitar pertengahan tahun 1970-an oleh Kementerian Pendidikan Malaysian. Ekoran daripada Hari Guru yang mula diadakan pada tahun 1972, Kementerian Pendidikan merasakan perlu diberikan satu penghormatan kepada guru sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap kewibawaan seseorang guru di dalam dan luar bilik darjah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Anugerah/Hadiah |
SUKAN PARALIMPIK | Merupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia‚ ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council ) | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
GABUNGAN PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA | Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau The Federation of Malaysian Consumers Association (FOMCA) ialah organisasi sukarela yang melindungi hak pengguna sebagai pembeli dan pengguna perkhidmatan. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |