Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Masa-Allah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI MUSA A.S.

Nabi Musa a.s. ialah nabi dari kalangan Bani

Israel , juga merupakan (Utusan Allah) bagi mereka.

Namanya ialah Musa ibn ‘Imran tetapi bukan abang

Maryam binti ‘Imran (Ibu Nabi Isa a.s.) seperti

anggapan sesetengah orang. Ini adalah kerana

perbezaan masa di antara kedua-duanya beratus-

ratus tahun. Baginda diutuskan oleh Allah SWT.

kepada Firaun dan kaumnya yang amat

menyombongkan diri dan suka membuat kerosakan.

Baginda juga salah seorang nabi yang paling kerap

disebut dalam al-Qur'an, malah disebutkan kisah

baginda secara terperinci di beberapa tempat dalam

al-Qur'an. Beberapa ayat yang lain turut

menceritakan kehidupan Nabi Musa a.s. secara

ringkas. Antaranya, firman Allah yang bermaksud:

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam

Kitab (al-Qur'an) ini perihal Nabi Musa;

sesungguhnya dia adalah orang pilihan, dan

seorang Rasul lagi nabi. Dan Kami telah menyerunya

dari arah sebelah kanan Gunung Thur Sina, dan

Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan

berkata-kata dengan Kami. Dan Kami kurniakan

kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya Harun

yang juga seorang nabi”.

(Surah Maryam 19:51–53)

UMUM 
NABI SULAYMAN A.S.

Nabi Sulayman a.s. Nama penuh baginda ialah

Sulayman ibn Daud ‘Alaihimassalam yang berasal

dari keturunan Yahudha ibn Ya’kub ibn Ishaq. Nabi

Allah Daud a.s. mewasiatkan kekuasaan kepada Nabi

Sulayman a.s. selepas kewafatan Nabi Daud a.s. Oleh

itu, selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulayman

melaksanakan wasiat tersebut. Pada ketika itu Nabi

Sulayman a.s. baru berusia 13 tahun. Meskipun

usianya masih terlalu muda, Nabi Allah Sulayman

seorang yang bijaksana, cekap dalam urusan

pentadbiran dan memiliki pendapat yang bernas

untuk memutuskan sesuatu hukum. Sebagai contoh

Nabi Allah Sulayman telah memberi pendapatnya

berkenaan bercucuk tanam seperti yang diceritakan

dalam al-Qur'an. Begitu juga, dalam mengeluarkan

fatwa apabila berlaku perselisihan pendapat antara

dua orang perempuan tentang kedudukan kanak-

kanak dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam

Bukhariy dan Muslim. Nabi Allah Sulayman

membina Baitulmaqdis selepas empat tahun dilantik

sebagai raja dan pembinaannya siap dalam masa

tujuh tahun. Nabi Allah Sulayman juga telah

mendirikan benteng di sekeliling kota Baitulmaqdis.

Selepas 13 tahun pembinaan kota tersebut, Nabi

Sulayman a.s. turut mendirikan Istana Raja pula.

Bahkan Nabi Sulayman a.s. mendirikan tempat

penyembelihan binatang korban.

UMUM 
SURAH AL-‘ASR

Surah al-‘Asr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-103 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi tiga ayat.

Surah ini dinamakan al-’Asr (masa) kerana pada

awal surah ini Allah taala bersumpah dengan masa.

Surah al-‘Asr sangat ringkas dan terang. Inti sari

kandungannya menerangkan sebab kebahagiaan

dan kecelakaan manusia, kejayaan dan kerugian

atau kehancuran dalam hidupnya semasa di dunia.

UMUM 
SURAH AL-RUM

Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah

ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk

menunjukkan kebenaran berita dalam al-Qur’an.

Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an yang

bermaksud:

Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah

dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka

sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan

lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun

...”.

(Surah al-Rum 30:1–4)

UMUM 
SURAH ‘ABASA

Surah ‘Abasa ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-80 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 42 ayat.

Surah ini dinamakan ‘Abasa (memasamkan muka)

berdasarkan kisah Abdullah ibn Maktum yang

menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanyakan soalan

kepada Baginda, tetapi Baginda enggan

melayannya kerana pada masa itu Baginda sedang

menerangkan tentang Islam kepada para

bangsawan Quraisy. Lalu Allah S.W.T. menurunkan

ayat yang berbunyi “’abasa wa tawalla”.

UMUM 
SA‘D IBN MU‘AZ

Sa‘d ibn Mu‘az ( ? –5 H / ? –626 M), antara sahabat

Ansar yang mula-mula memeluk Islam di Madinah.

Nama penuhnya Sa‘d ibn Mu’az al-Nu‘man. Dia telah

diislamkan oleh Mus‘ab ibn ‘Umayr r.a. Keimanan

terdetik dalam hati Sa‘d ibn Mu‘az untuk beriman

setelah dia mendengar ayat suci al-Qur’an. Lantas dia

menemui kaumnya dan berkata kepada mereka:

“Percakapan lelaki dan perempuan kamu denganku

adalah haram sehingga mereka beriman dengan

Allah dan rasul-Nya”. Sesiapa yang mendengar

dakwahnya akan memeluk Islam walaupun dalam

masa yang singkat, iaitu dalam sumpah satu malam.

UMUM 

Kembali ke atas