Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas.ji.dil.ha.ram] | مسجدالحرام

Definisi : Ar masjid besar di Mekah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas.ji.dil.ha.ram] | مسجدالحرام

Definisi : masjid Mekah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Masjidilharam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Makkah al-Mukarramah ialah bandar yang

paling terkenal di dunia Islam. Seluruh hati para

Muslimin di segenap ceruk penjuru dunia

tertumpu padanya. Di sanalah terletak tempat suci

Islam seperti Masjidilharam, Kaabah, Mina,

Muzdalifah dan Arafah.

UMUM 
CHE' DOL

CHE’ DOL (1873-1948), ulama. Dia lahir di Menajong, Wilayah Patani. Nama Che’ Dol yang sebenarnya ialah Ismail bin Mustafa. Dia mula belajar di Pondok Haji Wan Abdul Kadir Bendang Jaya, Patani semasa berusia tujuh tahun. Dia meneruskan pelajarannya ke Pondok Tuan Minau, Sungai Dua Seberang Perai, Pulau Pinang. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah selama lapan tahun. Di Makkah, dia berguru dengan Syekh Ahmad Patani, seorang ulama terkenal yang mengajar di Masjidilharam.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHAMMED YUSOF ABU BAKAR

MOHAMMED YUSOF ABU BAKAR (1930-    ), penulis khat. Dia lahir pada 14 Oktober 1930 di Bachok, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tawang (1939) dan Sekolah Melayu Bachok (1941). Kemudiannya dia menyambung pelajarannya di Madrasah al-Muhammadiyah al-‘Arabiyah di Kota Bharu (1942-1949). Dia juga mendapat Sijil Perguruan di al-Maahad al-‘ilmi al-Su’udi, Makkah (1954). Di samping itu, dia mengikuti pelajaran agama dan bahasa Arab di Masjidilharam. Pada tahun 1956, dia ke Mesir dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Sastera, di Universiti Kaherah. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Arab pada tahun 1961.

BUDAYATokoh
SYEIKH MUHAMMAD TAHIR JALALUDDIN

SYEKH MOHD. TAHIR JALALUDDIN (1869-1957), ulama dan penulis.  Dia lahir di Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia.  Ayahnya, Ahmad Jalaluddin, seorang guru agama yang terkenal, meninggal dunia ketika Syekh Mohd. Tahir baru berusia dua tahun.  Semasa berusia 12 tahun, dia dihantar ke Makkah bagi mempelajari ilmu agama Islam.  Di sana, dia tinggal bersama-sama saudara sepupunya, Syekh Ahmad Khatib yang juga pemimpin mazhab Syafie di Masjidilharam.

SASTERATokoh
ULAMA KELANTANULAMA KELANTAN, golongan ahli agama yang terdapat di negeri Kelantan.  Antara tahun 1800 hingga tahun 1940-an, golongan ulama lahir dengan banyaknya di Kelantan.  Kelantan telah muncul sebagai sebuah negeri yang menjadi pusat pengajian Islam yang utama di Semenanjung Tanah Melayu dan ia dikenal sebagai ‘Serambi Makkah’.  Bersama-sama dengan kelahiran ulama ini muncullah sistem pendidikan persekolahan pondok di negeri tersebut.  Sistem pendidikan tradisi ini wujud di Kelantan akibat pengaruh daripada sistem pengajian berbentuk halakah di Masjidilharam, Makkah dan di Masjid al-Nabawi, Madinah.  Sistem persekolahan jenis pondok ini juga terdapat di Patani dan Indonesia.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SYEIKH ABDUL KARIM AMRULLAH MANINJAU

SYEKH ABDUL KARIM AMRULLAH MANINJAU (1879-1945), ulama dan pelopor Kaum Muda di Minangkabau, Sumatera, Indonesia.  Dia lahir pada 10 Februari 1879, di Danau Maninjau.  Nama sebenarnya ialah M. Rasul.  Ayahnya Syekh Kisai adalah seorang ulama tarekat, manakala ibunya berasal daripada keluarga penghulu adat.  Dia pernah berguru dengan Syekh Ahmad Khatib dan Syekh Tahir Jamaluddin.  Syekh Abdul Karim pergi ke Makkah sebanyak dua kali, iaitu dari tahun 1894 hingga tahun 1901.  Kunjungan kali kedua (1904-1906), dia telah memberanikan diri membuka halaqah di Masjidilharam, meskipun dilarang oleh mufti mazhab Syafie.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SHAFI‘I, AL-

Shafi‘i, al- (150–204 H./767–820 M.), pengasas

mazhab Syafi’i. Nama penuhnya ialah Muhammad

ibn Idris ibn al-‘Abbas ibn ‘Uthman ibn Shafi‘i al-

Quraisy ibn ‘Abd al-Muttalib ibn ‘Abd al-Manaf. Dia

juga dikenali juga sebagai Imam Syafi’i. Dia

dinisbahkan kepada Shafi‘i hingga dikenali sebagai

al-Shafi‘i. Ada juga yang menasabkannya kepada

‘Abd al-Muttalibiy dan dikenali sebagai al-Muttalibiy.

Terdapat pula pendapat yang menasabkan al-Shafi‘i

kepada Makkah, tanah kelahiran bapa, datuk dan

neneknya lalu dikenali sebagai al-Makkiy. Namun,

gelaran yang pertama, al-Shafi‘i lebih terkenal. Al-

Shafi‘i lahir di bandar Gaza di Palestin. Bapanya, Idris

berpindah ke sana meninggalkan Makkah semata-

mata untuk melihatnya. Namun bapanya meninggal

dunia semasa ibunya sedang hamil. Selepas ibunya

melahirkannya dan menetap selama dua tahun di

Gaza, mereka berpindah ke Makkah. Di Makkah, al-

Shafi‘i menghafal al-Qur’an semasa berusia tujuh

tahun dan menghafaz kitab al-Muwatta’ ketika

berusia 10 tahun. Dia sering bergaul dengan kabilah

Huzayl, iaitu antara kabilah Arab yang terbaik dari

segi kefasihan bahasanya dan dia banyak mendapat

manfaat daripada pergaulan ini dengan menghafal

syair-syair serta perumpamaan Arab daripada

mereka. Al-Shafi‘i mempelajari fiqh Maliki daripada

Imam Malik sendiri. Di samping itu, dia turut

berguru dengan Sheikh Masjidilharam yang juga

muftinya, iaitu Muslim ibn Khalid al-Zanjiy yang

meninggal dunia pada tahun 180 H. dan Sufyan ibn

Uyaynah al-Hilaliy yang meninggal dunia pada tahun

198 H. serta beberapa tokoh ulama lain. Kemudian

dia berhijrah ke Yaman kerana menerima satu

jawatan yang ditawarkan oleh Mas‘ab ibn ‘Abdullah

al-Quraisy, kadi Yaman. Seterusnya dia berhijrah

pula ke Iraq pada tahun 184 H. Dia belajar daripada

ulama di Iraq dan ulama Hijaz pula mengambil ilmu

daripadanya.

UMUM 

Kembali ke atas