SENI MEMPERTAHANKAN DIRI | Seni mempertahankan diri ialah istilah umum bagi pelbagai jenis seni tempur yang berasal dari Timur. Kebanyakan seni mempertahankan diri yang diamalkan pada masa ini berasal dari China, Jepun, dan Korea. Terdapat beratus-ratus jenis seni mempertahankan diri, masing-masing mempunyai gaya dan sistem yang tertentu. | UMUM | |
WUSYU | Sejenis sukan mempertahankan diri | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
MOORE, GEORGE EDWARD | Moore, George Edward (1873–1958), ahli falsafah British yang mempengaruhi ramai ahli falsafah sezaman di United Kingdom. Dia mempertahankan pandangan waras dan menggalakkan kajian ‘bahasa biasa’ sebagai alat falsafah. Moore lahir di London. Dia menjadi profesor falsafah di Cambridge University dan untuk hampir 30 tahun mengedit jurnal falsafah Mind. Tulisannya termasuk Principia Ethica (1903), Ethics (1912) dan A Defence of Common-sense (1925). | UMUM | |
SENJATA | Senjata. Senjata memainkan peranan penting dalam sejarah manusia. Senjata membantu manusia menakluk dan meneroka hutan belantara yang besar dan luas dan mempertahankan rumah tangga dan keluarga mereka daripada musuh. Negara menggunakan senjata untuk melakukan peperangan. Mereka terus membuat senjata baru yang berupaya membunuh ramai manusia. Ramai orang percaya bahawa senjata nuklear ialah suatu ancaman yang paling besar terhadap manusia disebabkan kuasa pemusnahnya yang amat dahsyat. | UMUM | |
ATHANASIUS, SAINT | Athanasius, Saint (295?–373) ialah ketua paderi Kristian yang utama pada zamannya. Dia seorang yang penting kerana banyak tulisannya yang mempertahankan agama Kristian ortodoks daripada bidasan penganut Aria. Aria ialah mazhab agama yang percaya bahawa Tuhan bapa sahajalah yang betul-betul tuhan. Athanasius juga memperkenalkan cara hidup komuniti agama Kristian Timur yang disebut sebagai kebiaraan kepada agama Kristian Barat. | UMUM | |
MAYHEM | Mayhem, dalam undang-undang, ialah kesalahan menjadikan seseorang kurang berkemampuan untuk mempertahankan diri. | UMUM | |
KENDO | Kendo, seni mempertahankan diri Jepun yang menggunakan sejenis pedang yang diperbuat daripada buluh, dikenali sebagai shinai. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
ZENO ELEA | Zeno Elea (490? SM – 430 SM) ialah ahli falsafah Yunani yang tinggal di tanah jajahan Yunani, iaitu Elea di selatan Itali. Dia mempertahankan ajaran gurunya, iaitu ahli falsafah Parmenides, yang percaya apa yang wujud adalah satu, kekal abadi, dan tidak berubah. | UMUM | |
MORA, JUAN RAFAEL | Mora, Juan Rafael (1814–1860) ialah Presiden Costa Rica yang berkhidmat dari tahun 1849 hingga tahun 1859. Dia digelar sebagai “Wira Negara” kerana mempertahankan Amerika Tengah daripada petualang Amerika, William Walker pada tahun 1856 dan tahun 1857. | UMUM | |
WILLIAM PITT | William Pitt (1708–1778), Earl of Chatham, dikenang khususnya sebagai “perancang kemenangan” dan pembina empayar ketika Peperangan Tujuh Tahun, dan juga kerana kesungguhannya mempertahankan hak kolonis Amerika. Datuknya, Thomas Pitt, menolong membina perdagangan British dengan India. | UMUM | |