PERSATUAN SUKAN | Persatuan yang mengendalikan kegiatan pelbagai jenis sukan | SUKAN | Institusi/Organisasi |
OUTWARD BOUND TRUST | Outward Bound Trust mengendalikan sekumpulan sekolah di United Kingdom yang direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak- anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini juga membantu negara lain untuk menubuhkan sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi peluang kepada anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja bersama-sama. | UMUM | |
AMANAH OUTWARD BOUND | Amanah Outward Bound mengendalikan sekumpulan sekolah di Britain yang direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak-anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini juga membantu negara lain menubuhkan sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi peluang kepada anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja bersama-sama. | UMUM | |
SYARIKAT PENERBANGAN | Syarikat penerbangan ialah sebuah organisasi yang mengendalikan pesawat udara yang membawa penumpang dan kargo. Anda boleh membeli tiket penerbangan, mengirim surat, bungkusan, atau kiriman dengan menggunakan kapal terbang milik syarikat penerbangan ke mana-mana tempat di dunia. | UMUM | |
MAHKAMAH JUVENIL | Mahkamah juvenil ialah mahkamah khas yang mengendalikan kes yang melibatkan kanak-kanak yang melakukan jenayah atau yang memerlukan perhatian dan perlindungan masyarakat. Di Australia dan New Zealand, mahkamah ini dikenali sebagai mahkamah kanak-kanak. | UMUM | |
TURUS PLAT | Sejenis peralatan yang terdapat dalam loji kimia. Alat ini berfungsi untuk mengendalikan proses pemisahan campuran gas atau cecair bagi menghasilkan produk pada ketulenan tertentu. Proses pemisahan yang menggunakan turus plat ialah penyulingan dan penyerapan. Di dalam turus plat terdapat sejumlah plat yang diatur di atas satu sama lain pada satu jarak yang tertentu. Jumlah plat di dalam turus bergantung pada jenis komponen dalam campuran yang perlu dipisahkan dan juga tahap pemisahan yang diperlukan. Plat-plat ini berfungsi sebagai medium penyentuh antara aliran wap yang naik ke atas dengan aliran cecair yang turun ke bawah. Kedua-dua aliran ini bersentuh secara bersilang. Aliran cecair dari plat atas mengalir ke plat bawah melalui salur penurunan dan seterusnya merentasi permukaan plat sebelum mengalir melalui salur....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
TURUS TERPADAT | Sejenis alat yang terdapat di dalam loji kimia. Alat ini berfungsi untuk mengendalikan proses pemisahan campuran cecair atau gas untuk menghasilkan produk pada ketulenan tertentu. Antara jenis proses pemisahan yang .....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
MARKS AND SPENCER | Marks and Spencer ialah syarikat peruncit Inggeris yang besar yang mengendalikan satu rangkaian gedung serbaneka. Firma ini terkenal kerana menjual barangan berkualiti tinggi dengan harga yang murah. | UMUM | |
ADMINISTRATION (NASA) | National Aeronautics and Space Administration (NASA) ialah agensi kerajaan Amerika Syarikat yang mengendalikan dan mengkoordinasi penyelidikan aeronautik di dalam atau di luar lingkungan atmosfera bumi. NASA menggaji kira-kira 21 000 orang ahli sains, jurutera dan juruteknik di dalam 10 pemasangan utama. Kemudahan ini termasuklah John F. Kennedy Space Center, Lyndon B. Johnson Space Center, Goddard Space Flight Center dan George C. Marshall Space Flight Center . | UMUM | |
ADMIRALTI | Admiralti (Jabatan Tentera Laut ) ialah nama tradisional untuk jabatan kerajaan yang mengendalikan hal ehwal tentera laut. | UMUM | |