Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Monaco


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONACO

Monaco ialah salah sebuah negara terkecil di

dunia. Ia mempunyai keluasan tanah lebih kurang

1.95 kilometer persegi. Monaco terletak di kawasan

Riviera Perancis, bersempadankan Laut

Mediterranean. Perancis terletak di sempadan

bertentangan.

UMUM 
KELLY, GRACE

Kelly, Grace (1929–1982), Puteri Grace dari

Monaco ialah pelakon filem Amerika yang terkenal

sebelum dia berkahwin dengan Putera Rainier III

dari Monaco pada tahun 1956 (lihat Rainier III). Dia

meninggal dunia selepas kemalangan jalan raya

berhampiran Monaco.

UMUM 
NAURU

Nauru ialah negara pulau kecil di tengah Lautan

Pasifik. Keluasannya hanya 21 kilometer persegi.

Nauru ialah negara yang ketiga terkecil di dunia

selepas Vatican City dan Monaco. Nauru kaya

dengan fosfat – bahan kimia berharga yang

digunakan untuk membuat baja tiruan. Eksport

fosfat merupakan sebahagian besar pendapatan

Nauru .

UMUM 
MONTE CARLO

Monte Carlo, pusat pelancongan yang terkenal di dunia.  Monte Carlo ialah salah satu daripada empat bahagian di Monaco, negara kedua terkecil di dunia.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas