MUHD. MANSUR ABDULLAH | MUHD. MANSUR ABDULLAH (1945- ), penulis dan sarjana. Dia lahir pada 21 Februari 1945 di Kampung Sungai Durian, Teluk Intan, Perak. Muhd. Mansur memakai beberapa nama pena seperti M.Ashikin, Bang Seman, M.Masriah, Mak Uda dan Kak Nab untuk ruangan pojok ”Tanjung Oh Tanjung” dalam akhbar Mingguan Timur, ”Paku Karat” dalam akhbar Watan dan majalah Alam Wanita. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Sungai Durian dan Sekolah Umum Batak Rabit, Teluk Intan, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Anglo Chinese School dan di Goverment English Schol (Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz), Teluk Intan, sebelum terpilih meneruskan pelajarannya di Sekolah Datuk Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak. | SASTERA | Tokoh |
MUHD. DAUD BAHARUM | MUHD. DAUD BAHARUM (1938- ), penulis dan penyusun kamus. Dia lahir pada 8 Mac 1938 di Serdang, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya hingga Darjah Lima, manakala pengajian menengahnya di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam hingga Darjah Sembilan. | BAHASA | Tokoh |
SYED MUHD. ZAIN AL-KUDSI | SYED MUHD. ZAIN AL-KUDSI ( ? – 1829), penasihat diraja dan utusan kerajaan Lingga-Riau. Beliau lahir di Palembang, Sumatera. Nama lainnya ialah Tengku Syed dan Engku Syed Kuning, tetapi beliau lebih dikenali sebagai Engku Syed. Ayahnya Abdul Rahman al-Kudsi, berketurunan Arab, manakala ibunya ialah hamba Siam. Beliau berada di Riau-Lingga apabila dihantar oleh ayahnya untuk berniaga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |