MUSLIM IBN ‘AQIL | Muslim ibn ‘Aqil, tabii yang cerdik, alim serta berani di Makkah. Nama penuhnya ialah Muslim ibn ‘Aqil ibn Abu Talib ibn ‘Abd al-Muttalib ibn Hasyim. Ketika al-Husayn ibn ‘Ali berhajat untuk keluar menghadapi Yazid ibn Mu’awiyah, dia telah dihantar oleh al-Husayn sebagai wakilnya ke Kufah untuk meninjau keadaan di sana setelah al-Husayn menerima banyak surat yang menyerunya agar datang ke Kufah untuk dibai’ah. | UMUM | |
KONGRES INDIA MUSLIM MALAYSIA (KIMMA) | Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), pertubuhan politik bukan kerajaan yang mewakili kaum India Muslim di Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
QUTAYBAH IBN MUSLIM | | UMUM | |
MUSLIM BURMAT | MUSLIM BURMAT (1943- ), penulis negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 15 April 1943, di Kampung Kiarong, Brunei Darussalam. Muslim pernah menggunakan nama pena Kalam Musba pada tahun 1960-an. Dia mendapat pendidikan awal dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris di Brunei Darussalam. Pada tahun 1968, dia berpeluang mengikuti kursus setahun di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dari tahun 1971 hingga tahun 1972, dia mengikuti Kursus Penulisan dan Pengeluaran Buku di Institute of Education, University of London. | SASTERA | Tokoh |
MUSLIM IBN ‘UQBAH IBN RABAH AL-MURRIY | Muslim ibn ‘Uqbah ibn Rabah al-Murriy ialah cendekiawan zaman Umawiyyah yang amat tegas. Dia mengenali Rasulullah s.a.w. dan turut serta dalam peperangan Siffin bersama-sama tentera Mu’awiyah dalam barisan tentera jalan kaki. Salah satu matanya buta. Dia dilantik oleh Yazid ibn Mu’awiyah r.a. sebagai panglima umum untuk menundukkan penduduk Madinah yang memberontak terhadap Yazid serta penentangnya. Abu ‘Uqbah menyerang Madinah pada tahun 63 H./ 683 M. dan berlaku peperangan antara kedua pihak dalam satu pertempuran hebat yang dikenali dalam sejarah sebagai pertempuran al-Harrah. | UMUM | |
KHURASANIY ABU MUSLIM | Khurasaniy Abu Muslim (100–137 H/718–755 M) pembesar daripada kalangan pemimpin yang menjalankan seruan dan gerakan kerajaan Abbasiyyah. | UMUM | |
KHAWLANIY, ABU MUSLIM AL- | Khawlaniy, Abu Muslim al- (?–62 H/ ?–682 M) ketua para tabiin dan seorang yang zahid zamannya. | UMUM | |
ABU MUSLIM AL-KHURASANI | Abu Muslim al-Khurasani (? - ?), pejuang Islam dan ahli politik yang berkaliber dan disegani di Khurasan selepas kejatuhan pemerintah Bani Umaiyah dan ketika pemerintahan Bani Abbasiyah. | AGAMA | Tokoh |
WORLD ASSEMBLY OF MUSLIM YOUTH (WAMY) | Pertubuhan belia antarabangsa. | AGAMA | Institusi/Organisasi |
SINAN | Arkitek Muslim yang masyhur di Turki pada zaman Kesultanan Ottoman. | KEJURUTERAAN | Tokoh |