WARNA SUASANA | 12.0pt">WARNA SUASANA,12.0pt"> kumpulan puisi karya Masuri S.N. Kumpulan puisi yang mengandungi 91 buah puisi ini diterbitkan pada tahun 1962 oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur. Melalui Warna Suasana, Masuri S.N. memberikan kesan seorang penyair yang gelisah dan kurang gembira, keluhannya terhadap kesementaraan dan kepalsuan hidup, dan keharuannya terhadap penderitaan manusia. Di samping itu terlihat juga kesedarannya yang kuat tentang tugas dirinya sebagai seorang penyair di mana dia harus ‘berwatak jelas’ dan ‘berotak waras, dan untuk menyampaikan amanatnya dia harus menerima apa sahaja penghinaan yang datang. Ini dapat dilihat dalam puisi “Sebagai Penyair”. | SASTERA | Konsep |
BUNGA PAHIT | 12.0pt" lang=MS>BUNGA PAHIT, 12.0pt" lang=MS> kumpulan puisi karya Masuri S.N. Kumpulan ini mengandungi 80 buah puisi yang ditulis dari tahun 1957 hingga tahun 1960, diterbitkan pertama kali oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur pada tahun 1967. Dengan terbitnya kumpulan ini bererti lebih daripada 250 buah puisi Masuri S.N. telah diterbitkan dalam bentuk buku, temasuk menerusi dua buah kumpulan puisinya yang terdahulu, iaitu Awan Putih (1958) dan Warna Suasana (1962). | SASTERA | Karya |
ZENITH, | 12.0pt; mso-ansi-language: MS">ZENITH, 12.0pt; mso-ansi-language: MS"> majalah bulanan di Indonesia. Zenith mula diterbitkan pada tahun 1951 oleh Yayasan Dharma, dan dicetak oleh percetakan N.V. Dharma yang beralamat Jalan Gongangdia Lama, No. 4, Jakarta. Sidang redaktur majalah Zenith ialah H.B. Jassin, J.A. Dungga, Sumantri Mertodipuro, Susanto Ruslanputro, Sr. Nuraini dan Asrul Sani. Ketua Yayasan Dharma ialah Ir. Pangeran Moh. Noor, dengan anggotanya terdiri daripada Prof. Dr. Supomo, Sukardjo Wirjopranoto, Jusuf Wibisono dan Suwandi. Akte Notaris Yayasan Dharma menyebut bahawa tujuan menerbitkan Zenith adalah sebagai sumbangan kepada masyarakat dan negara Indonesia dalam lapangan kebudayaan di samping pembangunan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Keluaran pertama Zenith ialah 4000 naskhah. Keluaran ini meningkat menjadi 5500 naskhah pada cetakan berikutnya. | SASTERA | Konsep |
NOOR S.I | 12.0pt" lang=EN-US>Penulis: Masuri S.N. 12.0pt" lang=EN-US>Bidang: Sastera 12.0pt" lang=EN-US>NOOR S.I.12.0pt" lang=EN-US> (1933 – 1990), penyair Singapura. Dia lahir pada 5 Ogos 1933 di Changi, Singapura. Nama sebenarnya ialah Ismail bin Haji Omar. Dia juga menggunakan nama pena Elda Murni. | SASTERA | Tokoh |
KUALA SELINSING | 12.0pt; mso-ansi-language: MS">KUALA SELINSING,12.0pt; mso-ansi-language: MS"> tapak arkeologi prasejarah akhir atau protosejarah awal. Kuala Selinsing di Pulau Kelumpang, Perak. I.H.N. Evans, orang pertama menjalankan ekskavasi pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an menamakan tapak tersebut sebagai tapak Tanjung Rawa, Kuala Selinsing. Antara tahun 1988 hingga tahun 1990, beberapa penyelidik arkeologi dapat mengesan semula tapak tersebut dan menemuinya di dalam hutan paya bakau, Pulau Kelumpang. Tapak tersebut terletak dari Pelabuhan Sepetang, melalui Sungai Selinsing, sejauh lebih kurang 14 km. Jalan Sungai yang paling dekat ke situ melalui Kampung Selinsing atau dari Kuala Gula, sejauh lebih kurang 7 km. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |