Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi North Atlantic Treaty Organisation (Pertubuhan Perjanjian Atlan­tik Utara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata NATO


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA (NATO)

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara

(NATO) menyediakan kepimpinan ketenteraan yang

bersatu untuk pertahanan bersama 16 buah negara

Barat. NATO ditubuhkan pada tahun 1949 oleh

negara yang bersekutu di bawah pakatan ini. Pakatan

ini menyediakan pertahanan bersama terhadap

kemungkinan serangan oleh Kesatuan Soviet atau

penyerang yang lain. Menurut pakatan ini, serangan

bersenjata yang dilakukan ke atas satu atau lebih

negara anggota di Eropah atau Amerika Utara akan

dianggap sebagai serangan ke atas kesemua negara

anggota dalam perikatan ini.

UMUM 
KESATUAN EROPAH BARAT

Kesatuan Eropah Barat (Western European

Union – WEU) ialah perikatan pertahanan yang

merangkumi sebahagian besar anggota Eropah

Barat dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara

(NATO). NATO ialah perikatan angkatan bersenjata

yang utama di negara-negara Barat.

UMUM 

Kembali ke atas