NATRIUM | Natrium ialah unsur kimia dengan simbol Na. Ia adalah logam berwarna putih keperakan yang mempunyai banyak kegunaan penting. Ia adalah logam yang lembut dan mudah dibentuk atau dipotong dengan pisau. Natrium tergolong dalam kumpulan unsur kimia yang dikenali sebagai logam alkali . | UMUM | |
ROSTOV-ON-DON | Rostov-on-Don , juga dikenali sebagai Rostov (pend. 983 000), merupakan salah sebuah bandar yang terpenting di Rusia. Rostov (Rostov-na Donu dalam bahasa Rusia) terletak di tebing Sungai Don, 40 kilometer dari tempat ia mengalir masuk ke Laut Azov [lihat Rusia (peta politik)]. | UMUM | |
ABU ABDULLAH AL-HAKAM | Abu Abdullah al-Hakam ( 321 H.–405 H. /933 M.–1015 M.), imam, hafiz dan pengkritik sastera serta tokoh ilmuwan. Nama penuhnya Muhammad ibn Abdullah ibn Muhammad ibn Hamdawayh ibn Na’im ibn al-Hakam. Dia ialah guru kepada ahli-ahli hadith seperti Abu Abdullah ibn al-Bayyi’, al-Dabbiy, al-Naysaburiy, al-Syafi’iyy dan beberapa orang pengarang. | UMUM | |
KATIPUNAN | KATIPUNAN, pertubuhan bercorak militan dan radikal yang menuntut pembaharuan dan kemerdekaan Filipina dari Sepanyol. Nama penuh pertubuhan ini ialah Kataastaasan Kagalang-galang na Katipunan ng mga Anak ng Bayan (Highest and Most Respectable Society of the Sons of the Country). Katipunan ditubuhkan pada 7 Julai 1892 di sebuah rumah milik Deodato Arellano di Jalan Azcaraga, Tondo, Manila. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
O'BRIEN, FLANN | O’Brien, Flann (1912–1966) ialah nama pena penulis Ireland yang bernama Brian O Nuallain. Dia membina reputasinya melalui novelnya yang pertama, At Swim Two Birds (1939), sebuah fantasi pengembaraan watak manusia dan pari-pari di Ireland. Dia juga menulis The Hard Life (1961), The Dalkey Archives (1965), dan skrip drama Faustus Kelly (1943). Dengan menggunakan nama pena Myles na gCopaleen, dia menulis ruangan satira bagi Irish Times . Dia lahir di Strabane, Ulster, dan bekerja sebagai pegawai kerajaan. | UMUM | |
NAHMAR JAMIL | NAHMAR JAMIL (1938- ), penyair dan penterjemah. Dia lahir pada 4 November 1928 di Kampung Sena, Kangar, Perlis. Nama sebenarnya ialah Na’man bin Haji Mohammad Rawi. Selain nama pena Nahmar Jamil, dia juga menggunakan nama pena Namiri Jamil dan N’man Rawi Jamil. Nahmar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar hingga lulus Darjah Lima. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Arab al-Alwiah Addiniah, Arau hingga lulus Darjah Empat Thanawi. Dia juga sering membaca karya sastera Asia Barat untuk menambahkan pengetahuannya. Pada tahun 1976, dia diterima masuk ke Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti kursus Penulisan Kreatif selama satu tahun. | SASTERA | Tokoh |
PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI | PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI, pertubuhan gerila bawah tanah yang ditubuhkan pada tahun 1968. Pertubuhan Perpaduan Pembebasan Patani atau Patani United Liberation Organization (PULO), ditubuhkan untuk mengkoordinasikan beberapa pertubuhan gerila yang bergerak menentang pemerintah Thailand di empat wilayah Thailand Selatan, iaitu Patani, Yala, Narathiwat dan Satun. Dua buah gerakan lain yang berjuang untuk kemerdekaan Patani ialah Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP) yang ditubuhkan pada tahun 1959 oleh Tengku Abdul Jalal (Adul Na Saiburi) dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang diasaskan oleh Ustaz Abdul Karim Hassan pada tahun 1963. Aktiviti pertubuhan-pertubuhan ini mencapai kemuncaknya dari tahun 1970 hingga tahun 1975. Empat wilayah di Thailand Selatan diberi gelaran sebagai ‘kawasan bebas’ yang dikuasai oleh ‘pemerintah halimunan’ yang mencabar kekuasaan pemerintah pusat di Bangkok. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |