Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (négro) penduduk asli berkulit hitam di Afrika dan keturunan mereka di tempat-tempat lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /négro/ penduduk asli yg berkulit hitam di Afrika dan keturun­annya di tempat lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Negro


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MYRDAL, GUNNAR

Myrdal, Gunnar (1898–1987) ialah ahli sosiologi

dan ekonomi Sweden. Dia terkenal melalui

kajiannya tentang masalah utama dunia. Bukunya,

An American Dilemma: The Negro Problem and

Modern Democracy (1944) dianggap sebagai

kajian yang luar biasa tentang hubungan ras di

Amerika Syarikat. Kajian Myrdal tentang

pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara

mundur telah menghasilkan penulisan berjudul

Asian Drama: An Inquiry into the Poverty of

Nations (1968). Buku itu cuba menghuraikan punca

terlalu ramai penduduk miskin di bahagian

selatan Asia dan tindakan yang boleh dilakukan.

UMUM 
SAFARIYYAH, KERAJAAN

Safariyyah, Kerajaan (254–289 H./ 868–902 M.).

Kerajaan Safariyyah didirikan di bahagian selatan

Iran. Nama kerajaan ini bersempena dengan nama

Ya‘kub ibn al-Layth al-Safar, seorang yang berani,

yang mengambil kesempatan semasa kerajaan

Abbasiyyah lemah akibat bergolak politik serta

kekacauan yang semakin serius, yang dilakukan oleh

orang Negro. Dia memang bercita-cita untuk

menguasai kawasan selatan Iran, Parsi dan

Khurasan. Dia berjaya menubuhkan kerajaannya

selepas menjatuhkan kerajaan al-Tahiriyyah, dan

diiktiraf oleh Baghdad sebagai gabenor yang

merdeka. Namun, dia masih belum berpuas hati

malah bercita-cita untuk mengambil alih kedudukan

orang Turki di Baghdad. Kerajaan terpaksa akur

kepada kehendaknya apabila dia menyiapkan

angkatan tentera untuk tujuan tersebut. Justeru itu,

al-Safar diberi pengiktirafan sebagai gabenor di

wilayah Khurasan, Tabaristan, Jurjan, Ray dan Parsi.

Dia juga dilantik sebagai Ketua Polis Baghdad dan

Samarra’. Al-Safar masih belum berpuas hati. Dia

berhasrat untuk ke Baghdad dan mengambil alih

Baghdad yang merupakan pusat kekuasaan bangsa

Turki. Khalifah al-Muwaffaq tidak ada pilihan lain

kecuali bertindak memerangi al-Safar. Khalifah

mengetuai satu angkatan tentera lalu menyerang al-

Safar berserta tenteranya dan berjaya menewaskan

mereka. Al-Safar tewas kerana tenteranya berpaling

tadah dan menyertai tentera khalifah apabila mereka

melihat pasukan yang akan ditentang diketuai oleh

khalifah sendiri.

UMUM 

Kembali ke atas