Ogos ialah bulan kelapan dalam sesuatu tahun
menurut kalendar Gregory, kini digunakan hampir
di seluruh dunia. Di kalangan orang Rom, bulan ini
dikenali sebagai Sextilis , yang bermakna keenam .
Mereka kemudian menamainya semula sebagai
penghormatan kepada maharaja Augustus.
Sewaktu pemerintahan Augustus, Senat Rom
memanjangkan bulan ini menjadi 31 hari dengan
mengambil satu hari dari bulan Februari.
PERLEMBAGAAN MERDEKA (1957), perundangan dan peraturan kenegaraan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang mendapat kemerdekaan atau kebebasan politik daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1957. perlembagaan Merdeka ditandatangani antara wakil-wakil kerajaan British dan raja-raja Melayu pada 5 Ogos 1957 di King’s House, Kuala Lumpur.
Pertempuran Blenheim berlaku pada 13 Ogos
1704. Ia adalah titik perubahan bagi Perang Rebut
Takhta Sepanyol (1701–1714) dan salah satu
pertempuran muktamad bagi sejarah Eropah.
Dia lahir pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Nama sebenarnya ialah Mohd. Anuar Haji Rethwan. Dia mendapat pendidikan asas di Sekolah Ungku Aziz Sabak Bernam (1963-1967) dan Sekolah Menengah Alam Shah Kuala Lumpur (1968-1969). Pada tahun 1970, dia menuntut di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Bakat besarnya dalam bidang sastera dan penulisan bermula ketika pada tahun pertama universiti, terutamanya dalam bidang sajak dan cerpen, dan turut mengasaskan ikatan Sastera Universiti Malaya (ISUM) dan mengelolakan ruangan kebudayaan akhbar Mahasiswa Negara. Anwar lulus Sarjana Muda Sastera (kepujian) pada tahun 1973. Pada bulan Mei 1973, dia bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sejak bertugas di DBP, Anwar pernah menjadi sidang editor majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Pada tahun 1983, dia menamatkan pengajian ijazah sarjana Sastera di Universiti Malaya.
Dumbarton Oaks ialah nama persidangan
antarabangsa yang diadakan pada bulan Ogos
–Oktober 1944 di Dumbarton-Oaks, sebuah estet
di Washington D.C.
Perang Tujuh Minggu juga dikenali sebagai
Perang Austria-Prussia, berlaku antara bulan Jun
dan Ogos tahun 1866. Austria dan kebanyakan
negeri di Jerman bertempur dengan Prussia dan
Itali. Otto von Bismark, perdana menteri Prussia
menggunakan perang itu sebagai sebahagian
daripada kempennya untuk memaksa tentera
Austria berundur dari Persekutuan Jerman dan
menjadikan Prussia sebagai kuasa mutlak di
Jerman.
Dunbar, kapal layar yang pecah terlanggar
batu di luar pelabuhan Sydney di Australia pada
20 Ogos 1857.
Mazowiecki, Tadeusz (1927– ) ialah perdana
menteri Poland dari bulan Ogos 1989 hingga bulan
November 1990.
Timbalan Perdana Menteri (1993-1998). Dia lahir pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Stowell. Pendidikan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1971.
Thanks for clicking. That felt good.