Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bulan kesepuluh dlm tahun Masihi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg kesepuluh dlm tahun Masihi (terdiri drpd 31 hari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Oktober


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OKTOBER

Oktober ialah bulan ke-10 dalam satu tahun

mengikut kalendar Gregory, yang kini digunakan

di hampir seluruh dunia. Namanya diambil

daripada perkataan Latin yang bermaksud lapan.

Oktober ialah bulan kelapan dalam kalendar awal

orang Rom. Ia kemudiannya menjadi bulan ke-10

apabila orang Rom mengalihkan permulaan tahun

dari 1 Mac kepada 1 Januari. Oktober mempunyai

31 hari semenjak zaman maharaja Rom, Augustus.

UMUM 
SHAMIR, YITZHAK

Shamir, Yitzhak (1915 – ), berkhidmat sebagai

Perdana Menteri Israel dari bulan Oktober 1983

hingga September 1984 dan dari bulan Oktober

1986 hingga Julai 1992.

UMUM 
PERTEMPURAN HASTINGS

Pertempuran Hastings (14 Oktober 1066),

diakhiri dengan penawanan England oleh William,

Duke Normandy. Para sejarawan menganggap

pertempuran ini sebagai pertempuran terbesar

yang telah mengubah sejarah.

UMUM 
PERSIDANGAN LOCARNO

Persidangan Locarno, menghasilkan Pakatan

Keselamatan Rhineland dan enam perjanjian lain.

Pada bulan Oktober 1925, perwakilan daripada tujuh

buah negara Eropah bertemu di Locarno, Switzerland

untuk membincangkan rancangan mengekalkan

keamanan di Eropah. Belgium, Czechoslovakia,

Perancis, Jerman, Britain, Itali dan Poland menghantar

wakil ke persidangan tersebut. Masalah yang paling

penting dalam persidangan ini adalah untuk mencari

penyelesaian antara Perancis dengan Jerman. Selepas

Perang Dunia I, pertama kali persidangan itu

menerima Jerman sebagai sebuah negara sahabat.

Apabila persidangan ini tamat pada 16 Oktober 1925,

para perwakilan bersetuju menandatangani tujuh

perjanjian.

UMUM 
PERTEMPURAN TRAFALGAR

Pertempuran Trafalgar berlaku pada 21

Oktober 1805. Pertempuran ini merupakan salah satu

pertempuran laut yang utama dalam sejarah. Dalam

pertempuran ini, angkatan laut British yang

diperintah oleh Laksamana Horatio Nelson, berjaya

menewaskan gabungan angkatan laut Sepanyol dan

Perancis. Kejayaan ini memberikan kekuasaan mutlak

di laut kepada Great Britain. Nelson telah tercedera

dan terkorban dalam pertempuran ini.

UMUM 
PERTEMPURAN BALAKLAVA

Pertempuran Balaklava berlaku berdekatan

pekan Balaklava di Krimea, Rusia pada 25 Oktober

1854 semasa perang Krimea. Tentera Perancis, Turki,

dan British telah menawan Balaklava dengan mudah

dan menubuhkan pangkalan di situ. Pihak Rusia

menghantar bala tentera yang besar dari

Sevastopol , iaitu pangkalan tentera laut kira-kira 13

kilometer di barat laut Balaklava, untuk menawan

semula bandar itu. Serangan itu gagal, tetapi kedua-

dua pihak mengalami kerugian besar. Lihat Perang

Krimea.

UMUM 
PERANG KARBALA

Perang Karbala berlaku pada 10 Muharam 61

H. bersamaan dengan bulan Oktober 680 M.

Peperangan ini berlaku antara tentera gabenor

Kufah dari pihak kerajaan Bani Umaiyyah dengan

Husayn ibn ‘Ali ibn Abu Talib bersama-sama

golongan yang menyokongnya dan kaum

keluarganya berhampiran bandar Kufah, Iraq.

Antara sebab berlakunya peperangan ini adalah

kerana Husayn ibn Ali menolak pelantikan Yazid

ibn Muawiyah sebagai khalifah dan bersetuju

datang ke Iraq untuk melaksanakan tuntutan

pengikutnya di sana. Al-Husayn ibn Ali datang ke

Iraq bersama-sama dengan 80 orang ahli keluarga

dan penyokong setianya untuk bertemu dengan

tentera Ubaydullah ibn Ziyad, gabenor Yazid di

Kufah. Yazid tidak mahu menerima kedatangan al-

Husayn ibn Ali melainkan untuk berperang. Oleh

itu, berlakulah pertempuran yang menyebabkan

al-Husayn syahid bersama-sama dengan

pengikutnya kecuali seorang perempuan dan

seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Zayn al-

Abidin ibn al-Husayn.

UMUM 
DUMBARTON OAKS

Dumbarton Oaks ialah nama persidangan

antarabangsa yang diadakan pada bulan Ogos

Oktober 1944 di Dumbarton-Oaks, sebuah estet

di Washington D.C.

UMUM 
PERES, SHIMON

Peres, Shimon (1923– ), berkhidmat sebagai

perdana menteri Israel dari bulan September

1984 hingga Oktober 1986 dan dari bulan

November 1995 hingga Januari 1996. Pada tahun

1993, dia dilantik sebagai menteri luar di bawah

pemerintahan perdana menteri Yitzhak Rabin. Dia

memainkan peranan penting dalam usaha

mencapai kedamaian antara Israel dengan

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Peres,

Rabin, dan ketua PLO, Yasir Arafat, berkongsi

Hadiah Nobel Keamanan 1994 kerana usaha

mereka untuk mewujudkan keamanan di Timur

Tengah.

UMUM 
CHOGMCHOGM di Kuala Lumpur (1989) ialah
persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel ke-27
yang diadakan pada 18 hingga 24 Oktober 1898
UMUMUmum
12345678910

Kembali ke atas