Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPIRITUALISME

Spiritualisme ialah kepercayaan bahawa roh

orang yang telah mati boleh berhubung dengan

orang yang masih hidup. Kepercayaan ini wujud

dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia.

Pergerakan spiritualis moden bermula di Amerika

Syarikat pada tahun 1848. Pada tahun tersebut, dua

orang wanita adik-beradik bernama Katherine dan

Margaret Fox, dari Hydesville, dekat Rochester,

New York, mendengar bunyi ketukan dalam rumah

mereka. Mereka tidak dapat mengesan punca yang

boleh menyebabkan bunyi ketukan itu. Kedua-dua

wanita adik-beradik itu berikhtiar membuat satu

kod untuk mentafsirkan bunyi ketukan itu supaya

mereka dapat berhubung dengan roh yang

dipercayai cuba menghantar isyarat kepada

mereka. Peristiwa yang berlaku di Hydesville itu

membawa kepada penubuhan beberapa

pertubuhan bebas di bawah anjuran gereja dan

juga kumpulan falsafah yang lain yang bertujuan

untuk mengemukakan idea tentang spiritualisme.

UMUM 
PROBET

Probet. Apabila seseorang meninggal dunia,

wasiatnya perlu diterima sebagai probet (untuk

membuktikan wasiat itu tulen). Wasi si mati akan

mengemukakan wasiatnya kepada mahkamah dan

mahkamahlah yang akan mengendalikan wasiat dan

harta pusakanya. Mahkamah ini dikenali sebagai

mahkamah probet. Pihak wasi perlu mengemukakan

wasiat dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa

wasiat si mati benar. Wasiat hendaklah mendapat

probet secepat mungkin selepas kematian orang

yang membuat wasiat yang dikenali sebagai

pewasiat. Selepas surat wasiat dikemukakan,

mahkamah biasanya akan mengeluarkan

pemberitahuan kepada waris-waris pewasiat yang

sepatutnya mempunyai hak ke atas harta tersebut jika

wasiat itu tidak dibuat.

UMUM 
SYIAH IMAM DUA BELAS

Syiah Imam Dua Belas atau dalam bahasa

Arabnya disebut al-Imamiyyah al-Ithna ‘Ashariyyah

ialah satu kumpulan Syiah yang meyakini bahawa

terdapat 12 orang imam yang maksum (bebas dari

dosa). Mereka mempunyai syarat-syarat khusus

untuk memperoleh pangkat imam tersebut dan

mereka juga lebih berhak untuk menjadi

pemerintah berbanding orang lain. Pengikut Syiah

mengemukakan hadith-hadith, bukti-bukti serta

dalil-dalil yang dipenuhi dengan kepalsuan dan

pentakwilan selari dengan tuntutan mazhab

mereka, seperti yang dikatakan oleh ulama ahli

Sunnah.

UMUM 
EPIK WARISAN ISLAM

EPIK WARISAN ISLAM, kesusateraan dalam bentuk cerita yang mengemukakan tentang tokoh Islam atau tokoh yang dikatakan telah terlibat dalam perjuangan penyebaran Islam. Tokoh yang diperkatakan dalam hikayat ini mungkin merupakan orang yang pernah hidup dan mengenali Nabi Muhammad s.a.w atau watak yang direka berdasarkan sesuatu tokoh yang pernah wujud. Biasanya, ketokohan yang digambarkan dalam hikayat ini jauh berbeza dnegan tokoh sebenar.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas