| STRES | Stres ialah keadaan yang berlaku pada badan kerana bergerak balas terhadap kesukaran, yang sebenar atau yang dijangka dalam kehidupan. Kita sering mengalami stres akibat peristiwa besar dalam kehidupan kita seperti kematian, perceraian, atau kehilangan pekerjaan. Stres juga boleh berlaku kerana bergerak balas terhadap masalah harian seperti memandu dalam keadaan lalu lintas yang sesak atau didesak oleh seseorang. Di samping itu, kita mungkin mengalami stres apabila kita nampak sesuatu ancaman terhadap kita. Umpamanya, seseorang yang berasa tidak dapat menangani sesuatu cabaran dengan berkesan mungkin mengalami stres. | UMUM | |
| TIFUS | Tifus ialah mana-mana satu daripada kumpulan penyakit yang penting yang disebabkan oleh riketsia . Riketsia ialah organisma halus yang kelihatan seperti bakteria tetapi berkelakuan seperti virus (lihat Riketsia ). Pada badan manusia, organisma ini memusnahkan lapisan dan dinding pembuluh darah, menyebabkan pendarahan dan ruam kulit. Sesetengah jenis kuman ini menjangkiti haiwan dan juga manusia. Ahli sains sering menamakan haiwan yang dijangkiti “reservoir” penyakit ini. Penyakit tifus boleh dijangkiti daripada manusia kepada manusia atau daripada haiwan kepada manusia melalui, kutu, pinjal, sengkenit, atau hama. Terdapat beberapa jenis tifus, termasuk tifus epidemik, murin dan skrub dan pelbagai demam bawaan sengkenit . | UMUM | |
| ANESTESIA | Anestesia ialah hilang deria rasa – terutama rasa sakit, di seluruh badan atau sebahagian badan. Ubat yang dinamakan anestetik digunakan bagi menghasilkan anestesia sementara untuk tujuan perubatan. Anestesia juga dihasilkan melalui hipnosis dan akupunktur – cucukan jarum di tempat tertentu pada badan. Sesetengah kecederaan dan penyakit, terutamanya pada sistem saraf, boleh menyebabkan kehilangan deria rasa. | UMUM | |
| LEPUH SEJUK | Lepuh sejuk ialah gugusan lepuh kecil yang disebabkan oleh virus yang dinamakan virus herpes simpleks . Lepuh sejuk boleh berlaku di mana-mana sahaja pada badan. Walau bagaimanapun, kebanyakannya kelihatan pada muka, terutamanya pada mulut atau berhampiran mulut. Dalam banyak kes, ia terjadi apabila seseorang itu mendapat selesema atau demam. | UMUM | |
| PERHIASAN BADAN | PERHIASAN BADAN, sesuatu yang dipakai oleh seseorang untuk tujuan menghias diri. Perhiasan badan sering dikaitkan dengan wanita, tetapi ia juga dipakai oleh orang lelaki. Perhiasan badan juga boleh merupakan tanda yang dibuat pada badan. | BUDAYA | Pakaian |
| BADAN BERKANUN | BADAN BERKANUN, sebuah perbadanan awam dalam struktur pentadbiran kerajaan. Badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, dan oleh kerajaan negeri di bawah enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri masing-masing. Penubuhan badan berkanun pada umumnya bertujuan untuk membolehkan penglibatan kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang perkhidmatan awam dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan modal yang banyak dan kurang mendapat sambutan daripada sektor swasta. Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan bebas kerana badan tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang diamalkan dalam pentadbiran kerajaan, walaupun badan itu diletakkan di bawah kuasa kerjaaan Persekutuan dan kerajaan Negeri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| PINGGUL | Pinggul ialah bahagian badan di antara badan dengan paha. Sendi pinggul dibentuk oleh tulang pinggul (yang terdiri daripada tiga tulang yang bercantum iaitu ilium, iskium dan pubis ) dan pangkal femur (tulang paha). Pangkal femur dipadankan dengan asetabulum, iaitu rongga pada tulang pinggul. Susunan ini membentuk sendi bebola dan rongga yang memberikan kekuatan dan membolehkan pelbagai pergerakan dalam semua arah. Beberapa otot yang kuat mengelilingi sendi ini, termasuk gluteus maksimus yang besar, bulat di belakang; gluteus medius di sisi; dan rektus femoris yang panjang bak pengikat di depan. Otot-otot ini menegakkan sendi supaya seseorang boleh berdiri. Ia juga menggerakkan kaki untuk berjalan dan berlari. | UMUM | |
| MALEK NOOR | Malek Noor (1954– ), ahli bina badan. Dia lahir pada 13 November 1954 di Batu Pahat, Johor. Dengan ketinggian 1.67 meter dengan berat badan 220 hingga 230 paun, bekas pegawai polis ini telah mencatat banyak kejayaan buat negara dalam sukan bina badan. | UMUM | |
| MAJLIS PEMULIHARAAN ALAM | Majlis Pemuliharaan Alam ialah badan yang dilantik oleh kerajaan untuk bertanggungjawab terhadap semua aspek pemuliharaan alam di United Kingdom. Pada tahun 1990, badan ini dibubarkan menjadi tiga organisasi yang berbeza. Organisasi itu ialah Countryside Council for Wales, English Nature, dan Scottish Heritage. Jawatankuasa Gabungan Pemuliharaan Alam menyelaraskan kegiatan ketiga-tiga organisasi wilayah ini. Di bawah Akta Kawalan Alam Sekitar tahun 1990, kumpulan ini menandakan simpanan alam negara, menentukan tempat-tempat yang mempunyai kepentingan saintifik, dan bertanggungjawab kepada penentuan simpanan alam laut. | UMUM | |
| DARAH | Darah ialah bendalir penyokong kehidupan yang mengalir dalam badan manusia. Kita tidak boleh hidup tanpa darah. Jantung mengepam darah kesemua sel badan kita, membekalkannya dengan oksigen dan makanan. Pada masa yang sama, darah membawa karbon dioksida dan bahan buangan lain daripada sel. Darah juga melawan jangkitan, menstabilkan suhu badan kita, dan membawa bahan kimia yang mengawal banyak fungsi badan. | UMUM | |