SUKAN PASIFIK SELATAN | Sukan Pasifik Selatan dibuka kepada peserta dari semua negara dan kawasan kepulauan di Pasifik Selatan kecuali Australia dan New Zealand. Kebanyakan atlet dari kepulauan utama di kawasan Pasifik Selatan mengambil bahagian lebih daripada 12 acara sukan di temasya ini. Sukan Pasifik Selatan pertama kali diadakan di Fiji pada tahun 1965. Sukan seterusnya diadakan di New Caledonia pada tahun 1967, Papua New Guinea pada tahun 1969, Polinesia Perancis pada tahun 1971, Guam pada tahun 1975, Fiji pada tahun 1979, Samoa Barat pada tahun 1983, New Caledonia pada tahun 1987, Papua New Guinea pada tahun 1991, Guam pada tahun 1999 dan Fiji pada tahun 2003. | UMUM | |
RANTAU PASIFIK | Rantau Pasifik ialah suatu istilah yang digunakan secara umum untuk menggambarkan negara yang bersempadankan Lautan Pasifik. | UMUM | |
KEPULAUAN PASIFIK | | UMUM | |
LAUTAN PASIFIK | | UMUM | |
SURUHANJAYA PASIFIK SELATAN | Suruhanjaya Pasifik Selatan ialah pertubuhan antarabangsa yang memberi bantuan khidmat nasihat teknikal, latihan, dan penyebaran maklumat dalam bidang sosial, ekonomi, dan kebudayaan kepada 22 buah pentadbiran kerajaan. Negara-negara ini terdiri daripada Samoa Amerika, Kepulauan Cook, Persekutuan Negeri Micronesia, Fiji, Polinesia Perancis, Guam, Kiribati, Kepulauan Marshall, Nauru, New Caledonia, Niue, Kepulauan Mariana Utara, Palau, Papua New Guinea, Kepulauan Pitcairn, Kepulauan Solomon, Tokelau, Tonga, Tuvalu, Vanuatu, Wallis dan Futuna, dan Samoa Barat. | UMUM | |
RIM PASIFIK | Negara-negara yang meminggiri setiap garis pantai Lautan Pasifik. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
POLINESIA PERANCIS | Polinesia Perancis ialah wilayah seberang laut kepunyaan Perancis. Wilayah ini terletak di Lautan Pasifik, kira-kira 4500 kilometer ke selatan Hawaii. Untuk lokasi, lihat Kepulauan Pasifik (peta). Wilayah ini terdiri daripada kira-kira 120 buah pulau yang berselerak merentangi kawasan seluas kira-kira sebesar barat Eropah. Pulau ini terdiri kebanyakannya daripada gugusan kepulauan Austral, Gambier, Marquesas, Society, dan Tuamotu. Papeete, di Tahiti – salah sebuah pulau dalam Kepulauan Society – ialah ibu wilayah ini. | UMUM | |
NIUE | Niue ialah negeri kepulauan yang berkerajaan sendiri di Lautan Pasifik Selatan. Ia terletak kira-kira 480 kilometer di timur laut Tonga dan kira-kira 560 kilometer di tenggara Samoa Barat. Lihat Kepulauan Pasifik (peta). Keluasan Niue adalah 21 kilometer panjang dan 18 kilometer lebar. | UMUM | |
PULAU WAKE | Pulau Wake ialah pulau milik Amerika Syarikat di bahagian tengah barat Lautan Pasifik. Pulau ini merupakan persimpangan semula jadi bagi kapal dan kapal terbang yang menyeberangi Lautan Pasifik. Wake ialah sebuah atol segi tiga yang terdiri daripada tiga buah pulau kecil karang, iaitu Wake, Peale dan Wilkes. Pulau-pulau kecil ini meliputi kawasan darat seluas lebih kurang lapan kilometer persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang 300 orang. Dengan batu karang yang melengkung, pulau-pulau ini melingkungi sebuah lagun yang tidak sampai 10 kilometer persegi luasnya. Wake terletak 3700 kilometer ke sebelah barat Honolulu dan 3195 kilometer ke sebelah tenggara Tokyo. Pulau ini tidak mempunyai air tawar, dan tumbuh- tumbuhannya kebanyakan terdiri daripada pokok- pokok renek dan belukar. | UMUM | |
NEW CALEDONIA | New Caledonia ialah wilayah jajahan seberang laut Perancis. Ia terletak di barat daya Lautan Pasifik, kira-kira 2000 kilometer ke timur laut Sydney , Australia . Untuk lokasi New Caledonia, lihat Kepulauan Pasifik (peta). | UMUM | |