Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Pengangkutan Darat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERETAPI TANAH MELAYU

KERETAPI TANAH MELAYU, salah satu sistem pengangkutan darat yang utama di Malaysia. Sejarah kereta api di Tanah Melayu bermula dengan pembinaan landasan  kereta api dari Johor Bahru ke Gunung Pulai pada tahun 1869. Walau bagaimanapun, pembukaan landasan kereta api Taiping-Port Weld pada 1 Jun 1885 merupakan asasi kepada kehadiran perkhidmatan kereta api Tanah Melayu yang wujud hingga masa kini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKenderaan/Pengangkutan
SEGRAVE, SIR HENRY

Segrave, Sir Henry (1896–1930) ialah wira

British dalam zaman awal perlumbaan motor. Dia

telah memecahkan rekod dunia kelajuan di darat

sebanyak tiga kali – pada tahun 1926, 1927, dan

1929. Dia mencapai kelajuan 231 batu (372

kilometer) sejam pada tahun 1929. Segrave

terbunuh semasa cuba memecahkan rekod dunia

kelajuan di atas air kepada 98.76 batu (158.94

kilometer) sejam. Trofi Segrave, diberi kepada

orang British yang menunjukkan potensi

pengangkutan melalui darat, udara, atau air, yang

paling baik, telah dinamakan sempena namanya.

Segrave lahir di Edmonton.

UMUM 
KUDA

Kuda merupakan satu daripada haiwan yang paling

berguna sejak beribu-ribu tahun. Satu masa

dahulu, kuda ialah cara pengangkutan yang

paling pantas dan yang paling pasti untuk

mengembara di darat. Pemburu yang menunggang

kuda mengejar haiwan dan membunuhnya

untuk makanan dan untuk kegiatan sukan. Puak-puak

nomad Asia menakluk Eropah, dan sateria-sateria

Zaman Pertengahan menyerang dengan

menunggang kuda perang yang gagah. Peneroka

Eropah menggunakan kuda semasa mereka

menjajah Afrika, Amerika dan India.

UMUM 

Kembali ke atas