OLMSTED, FREDERICK LAW | Olmsted, Frederick Law (1822–1903) ialah arkitek landskap, perancang bandar, dan penulis isu sosial Amerika. Kerjaya Olmsted dibentuk oleh konsepsinya tentang masyarakat bertamadun. Melalui reka bentuk landskap dan tulisannya, Olmsted cuba menyusun semula bentuk bandar dan subbandar Amerika, dan menggalakkan pekerti halus dan budaya yang pada pandangannya mampu diperoleh oleh warganegara sesebuah republik. | UMUM | |
AALTO, ALVAR | Aalto, Alvar (1898–1976), arkitek, pereka bentuk perabot dan perancang bandar Finland. Beliau terkenal dengan bangunan reka bentuk moden yang digabungkan dengan bahan tradisional, terutamanya kayu. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
PERANCANGAN BANDAR | Perancangan bandar ialah proses mengawal pertumbuhan bandar dan pekan. Perancang bandar – orang yang mengendalikan proses ini, menasihati kerajaan mengenai cara memajukan komuniti. Mereka juga menasihati kerajaan dan pemaju hartanah yang merancang untuk memajukan komuniti yang baru. | UMUM | |
SOLERI, PAOLO | Soleri, Paolo (1919– ), arkitek dan perancang bandar kelahiran Itali. Dia terkenal dengan teori pemuliharaan alam sekitar. Soleri yakin bahawa untuk memulihara sumber alam, bandar haruslah dibina di atas paras tegak. | UMUM | |