PERANG DUNIA KEDUA | Perang yang berlaku akibat kegagalan Perjanjian Versailles kerana pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama tidak berpuas hati dengan perjanjian tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
ABSURDISME | Aliran seni (teater) selepas perang dunia kedua. | SASTERA | Konsep |
AL-HIDAYAH | AL-HIDAYAH, malah umum ketiga tertua diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Kota Bharu, Kelantan. | SASTERA | Konsep |
PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU | PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU, pemerintahan Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Kejayaan Jepun menakluki Tanah Melayu dalam masa yang singkat berkait rapat dengan penyesuaian taktik peperangan tentera Jepun dengan China di medan perang sejak tahun 1937. di samping itu, kelemahan pertahanan British kerana tumpuan kepada pertahanan di Eropah.
| SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
AL-HIKMAH | AL-HIKMAH, majalah umum yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Kota Bharu, Kelantan. | SASTERA | Konsep |
ADNAN SAIDI | Adnan Saidi (1915-1942), wira negara yang menetang Jepun semasa Perang Dunia Kedua (1939-1945). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AHMAD NOOR ABDUL SHUKOOR | AHMAD NOOR ABDUL SHUKOOR (1905-1982), penulis dan wartawan sebelum Perang Dunia Kedua. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MAJALAH GURU | MAJALAH GURU, majalah bulanan yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah Guru memperlihatkan pencapaian yang berkesan dalam menyumbangkan pemikiran mengenai kemajuan dan kesusasteraan sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah ini mengemukakan ramai penulis yang terkenal, antaranya Za’ba, Muhammad Yusuf Ahmad, Zainun Sulaiman dan Pungguk. | SASTERA | Penerbitan |
MOKHTARUDDIN LASSO | MOKHTARUDDIN LASSO ( ? - ? ), anggota gerakan politik kiri Melayu pada pertengahan tahun 1940-an. Latar belakangnya tidak diketahui. Semasa Perang Dunia Kedua, dia dianggap sebagai pemimpin penting dalam Parti Komunis Malaya (PKM). Kemunculannya dalam satu jangka masa yang singkat telah meninggalkan kesan dalam gerakan politik kiri Melayu selepas Perang Dunia Kedua. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KAMARULZAMAN TEH | KAMARULZAMAN TEH (1918- ), aktivis politik berhaluan kiri. Dia lahir di Temerloh, Pahang. Dia mendapat pendidikan Inggeris dan sebelum Perang Dunia Kedua dia berkhidmat sebagai Pegawai Rendah Pertanian. Semasa Perang Dunia Kedua, Kamarulzaman terlibat dalam gerakan Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) dan bertugas di bahagian penerangan dan propaganda gerakan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |