| PERKEBUNAN PASARAN | Perkebunan pasaran ialah penanaman sayur- sayuran atau buah-buahan, atau kedua-duanya, untuk dipasarkan. Kebun pasaran biasanya terdiri daripada petak tanah yang besar, dengan kawasan yang diuntukkan untuk sayur-sayuran yang berbeza. Kebun pasaran membekalkan hasil yang segar kepada orang ramai yang tinggal di bandar besar di seluruh dunia. Pembaikan dalam pengangkutan dan penggunaan penyejukan bagi mengekalkan kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan, telah mengurangkan pergantungan penduduk bandar pada hasil tanaman tempatan. Banyak kebun pasaran moden merupakan perniagaan besar, yang membekalkan banyak kuantiti tanaman seperti salad atau tomato. | UMUM | |
| BENDERA NEGERI, | BENDERA NEGERI, Panji-panji yang menjadi lambang sesebuah negeri. Bendera Persekutuan Tanah Melayu (sebelum wujudnya Malaysia) mula diperkenalkan pada 19 April 1950, setelah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Bendera ini direka khas sebagai lambang Persekutuan Tanah Melayu secara keseluruhannya, serta merangkumi sejarah setiap negeri. Bendera ini berukuran 180cm x 90 cm, mempunyai 11 jalur iaitu enam jalur merah dan lima jalur putih mewakili negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu iaitu Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka. Di sudut atas sebelah kiri terdapat petak berwarna biru dengan bulan sabit dan bintang berwarna kuning. Bintang pecah 11 melambangkan perpaduan 11 buah negeri tersebut, serta warna kuning melambangkan kedalatan institusi beraja di sebahagian besar negeri di Tanah Melayu. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950, di perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur. Upacara menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British, pada ketika itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| BENDERA NEGERI | BENDERA NEGERI, Panji-panji yang menjadi lambang sesebuah negeri. Bendera Persekutuan Tanah Melayu (sebelum wujudnya Malaysia) mula diperkenalkan pada 19 April 1950, setelah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Bendera ini direka khas sebagai lambang Persekutuan Tanah Melayu secara keseluruhannya, serta merangkumi sejarah setiap negeri. Bendera ini berukuran 180cm x 90 cm, mempunyai 11 jalur iaitu enam jalur merah dan lima jalur putih mewakili negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu iaitu Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka. Di sudut atas sebelah kiri terdapat petak berwarna biru dengan bulan sabit dan bintang berwarna kuning. Bintang pecah 11 melambangkan perpaduan 11 buah negeri tersebut, serta warna kuning melambangkan kedalatan institusi beraja di sebahagian besar negeri di Tanah Melayu. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950, di perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur. Upacara menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British, pada ketika itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Alat/Alatan |