NSPCC ialah sebuah pertubuhan British yang membantu kanak-kanak dan ibu bapa yang mempunyai masalah yang mempengaruhi keluarga mereka. Ia secara rasminya dinamakan National Society for the Prevention of Cruelty to Children. Persatuan ini merupakan persatuan sukarela (dibiayai hanya oleh derma dan aktiviti pengutipan derma). Ia mengendalikan kira-kira 65 pasukan yang mengandungi pakar perlindungan kanak-kanak di England, Wales, dan Ireland Utara. |