Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi platinum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Pt


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PT GRAMEDIAPT GRAMEDIA, penerbit buku Indonesia. PT Gramedia ditubuhkan pada tahun 1974 dan diubah namanya menjadi PT Gramedia Pustaka Utama pada 24 Jun 1989. PT Gramedia ditubuhkan oleh Yayasan Bentara Rakyat milik P.K. Oyong, Jakob Oetama dan J. Adiboata. Alamatnya ialah Jalan Palmerah Selatan, No. 24-26 Jakarta 10270, Indonesia.SASTERAInstitusi/Organisasi
PT DUNIA PUSTAKA JAYAPT DUNIA PUSTAKA JAYA, penerbit buku Indonesia. Penerbit ini ditubuhkan oleh Yayasan Jaya Raya pada 27 April 1971 dengan pinjaman modal sebanyak Rp20 juta.SASTERAInstitusi/Organisasi
PLATINUM

Platinum ialah unsur kimia dengan simbol Pt. Ia

adalah logam yang berharga, berwarna putih perak

yang lebih bernilai daripada emas. Nombor

atomnya ialah 78 dan berat atomnya ialah 195.08.

Platinum adalah satu daripada bahan yang

diketahui paling berat. Kuantiti platinum yang

diketahui beratnya lebih kurang 21 kali ganda berat

kuantiti air yang sama.

UMUM 
SASTERAWAN

SASTERA, majalah bulanan.  Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Mei 1961 di Jakarta, Indonesia oleh PT Interpress dan dicetak oleh Percetakan Negara.  Sastera memperoleh dana daripada Sudjati S.A. Sastera diterbitkan hasil usaha H.B. Jassin dan beberapa orang penyelenggara Kisah.  H.B. Jassin dilantik sebagai ketua redaksi, D.S. Moeljanto sebagai penyelenggara redaksi dan M. Balfas sebagai Sekretaris redaksi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKitab
SRI SUMARAH DAN BAWUK

SRI SUMARAH DAN BAWUK, kumpulan cerpen Umar Kayam.  Kumpulan cerpen ini diterbitkan pada tahun 1975 oleh PT. Dunia Pustaka Jaya, Jakarta.  Sri Sumarah dan Bawuk merupakan kumpulan dua buah cerita panjang, iaitu “Sri Sumarah” dan “Bawuk”.

SASTERAKarya
PENERBIT SINAR HARAPAN

PENERBIT SINAR HARAPAN, penerbit akhbar dan buku di Indonesia.  Penerbit ini ditubuhkan pada bulan Februari 1979 di Jakarta, sebagai salah satu usaha PT Sinar Kasih.  Penerbit ini menerbitkan buku kanak-kanak, komik, sastera, sosiopolitik, hukum, falsafah, wanita, keluarga, ekonomi, ekologi, teknik dan politeknik.  Antara pengarang Indonesia yang pernah menjadi editor penerbit ini ialah Satyagraha Hoerip, Julius R. Siyaranamual; Jajak MD, Korrie Layun Rampan dan Sides Sudyarto DS.  Alamat terakhirnya ialah di Jalan Dewi Sartika No. 136-D, Jakarta 13630.  Direktur utamanya sejak tahun 1979 ialah Aristides Katoppo.

SASTERAPenerbitan
KAMUS INDONESIA-PERANCIS

KAMUS INDONESIA-PERANCIS, kamus dwibahasa yang disusun oleh Pierre Labrousse. Judul asal kamus ini ialah Dictionnaire General Indonesian – Francais yang menggunakan bahasa Perancis. Edisi bahasa Perancisnya diterbitkan oleh Association Archipel, Paris (1984) dan edisi dalam bahasa Indonesia diterbitkan oleh Penerbit PT Gramedia, Jakarta (1985). Kamus Umum Indonesia - Perancis ini pertama kali diusahakan di Indonesia pada tahun 1973 oleh Farida Soemargono. Naskhah awalnya telah disemak oleh winarsih Arifin dan Henri Chambert-Loir dengan kerjasama Pusat Bahasa, Jakarta. Selepas itudimulakan penyelidikan untuk mencari kata-kata baru bahasa Indonedia.

BAHASAPenerbitan
SASTRA

 

SASTRA, majalah bulanan.  Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Mei 1961 di Jakarta, Indonesia oleh PT Interpress dan dicetak oleh Percetakan Negara.  Sastera memperoleh dana daripada Sudjati S.A. Sastera diterbitkan hasil usaha H.B. Jassin dan beberapa orang penyelenggara Kisah.  H.B. Jassin dilantik sebagai ketua redaksi, D.S. Moeljanto sebagai penyelenggara redaksi dan M. Balfas sebagai sekretaris redaksi.

SASTERAPenerbitan
AOH K. HADIMADJA

penulis Indonesia.  Dia lahir pada 15 September 1911 di Bandung, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Aoh Kartahadimadja.  Dia mendapat pendidikan di Meer Uitgedreid Lager Onderruvijis (MULO).  Aoh pernah bekerja di perkebunan Parakan Salak, Sukabumi, Jawa Barat, Pusat Kebudayaan, di Jakarta, Balai Pustaka, Mimbar Umum, Medan (1950-1952), Sticusor Amsterdam (1952-1956), BBC London Bahagian Indonesia (1959-1970) dan PT Dunia Pustaka Jaya (1971-1973).

SASTERATokoh

Kembali ke atas