PULAU PINANG | Pulau Pinang (pend. 1 750 100), negeri yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Negeri ini terdiri daripada pulau yang dikenali sebagai Pulau Pinang yang meliputi kawasan seluas lebih kurang 285 kilometer persegi, dan sebidang tanah yang memanjang (terletak di tanah besar Semenanjung Malaysia) dikenali sebagai Seberang Perai, seluas 760 kilometer persegi. Kedua-dua kawasan ini terpisah oleh selat berukuran tiga kilometer hingga lapan kilometer lebar. | UMUM | |
PERSATUAN PENULIS PULAU PINANG | PERSATUAN PENULIS PULAU PINANG, persatuan penulis. Persatuan ini dikenal sebagai 2PNP. Persatuan ini ditubuhkan pada 18 Julai 1977 di Pejabat Akhbar Bintang Timur di Jalan Penang, Pulau Pinang. Sebelum 2PNP ditubuhkan, 20 orang pengarang dan peminat sastera Pulau Pinang telah mengadakan pertemuan. Hasil daripada pertemuan tersebut, mereka bersetuju menubuhkan Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang dengan Ahmad Abd. Hamid telah dilantik sebagai ketua Satu dan Zainal A. sebagai Setiausaha Satu. | SASTERA | Persatuan |
ULAMA PULAU PINANG | ULAMA PULAU PINANG, golongan ahli agama yang terdapat di Pulau Pinang. Sebelum ketibaan Francis Light, terdapat sebuah perkampungan Melayu di Batu Uban yang diketuai oleh Nakhoda Haji Muhammad Salleh (Nakhoda Intan), seorang ulama yang berasal dari Minangkabau, Sumatera. Tetapi, para ulama yang lebih masyhur di pulau itu telah muncul di sekitar bandar Georgetown dan daerah Seberang Pantai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
CAHAYA PULAU PINANG | CAHAYA PULAU PINANG, akhbar mingguan Melayu. Akhbar ini diterbitkan dalam huruf Jawi oleh Criterion Press, Pulau Pinang, pada setiap hari Sabtu sejak 13 Oktober 1900. Akhbar ini berukuran 51 cm panjang dan 32 cm lebar, berjumlah empat halaman setiap keluaran dan dijual dengan harga 15 sen senaskhah. Pengarangnya ialah Abdul Ghani bin Mohd. Kassim yang juga menjadi penerbit/pengarang akhbar Bintang Timur. Dia juga bekas pengarang akhbar Jawi Peranakan. | SASTERA | Kitab |
PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG | PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG, persatuan untuk menjaga kepentingan orang Melayu. Persatuan yang juga dikenal sebagai PEMENANG ini ditubuhkan pada 9 Mei 1927 dengan nama asalnya Penang Malay Association. Persatuan ini ditubuhkan untuk menjaga kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di bawah kerajaan British. Pada peringkat awal, persatuan ini menjalankan operasinya di pejabat Dr. Kamil Mohamad Ariff, di Lebuh Leith dan S.M. Eusoff, di Jalan Burma. Alamat persatuan ini sekarang ialah Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang, No. 117,. Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
AWANG HAD SALLEH, TAN SRI | Awang Had Salleh, Tan Sri (1934– ) ialah ahli akademik, pendidik dan penulis. Dia lahir pada 24 Jun 1934 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada tahun 1951, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim. Apabila tamat, dia menjadi guru di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar pada tahun 1954 hingga 1956. Pada tahun 1958 hingga 1959, dia menuntut di Maktab Bahasa, Johor Bharu. Pada tahun 1961 hingga 1964, dia melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya dalam bidang sastera. Pada tahun 1969, dia menyambung pelajarannya ke Stanford University, California dan memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan dan sosiologi. | UMUM | |
JAMBATAN PULAU PINANG | | UMUM | |
NEGERI-NEGERI SELAT | NEGERI-NEGERI SELAT, gabungan tiga negeri di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pulau Pinang (termasuk Seberang Perai), Melaka dan Singapura. Gabungan ini telah diwujudkan oleh pihak British pada tahun 1826 sebagai lanjutan daripada usaha meluaskan kuasa dan perdagangan mereka di Asia Tenggara. Ketiga-tiga negeri itu telah diambil lebih awal lagi. Pulau Pinang diambil dari Kedah pada tahun 1786, Singapura diduduki pada tahun 1819 dan Melaka dapat dikuasai selepas Perjanjian Inggeris-Belanda (1824). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG | Pertubuhan peladangan. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
NOORDIN HASSAN, DATUK | Noordin Hassan, Datuk (1929– ), penulis dan Sasterawan Negara Malaysia yang ketujuh (1993) . Dia lahir pada 18 Januari 1929 di Sungai Pinang, Pulau Pinang. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Perak Road , Francis Light School, dan Sekolah Agama Masjid Rawana, Pulau Pinang. Persekolahannya terhenti semasa pedudukan Jepun, dan apabila British kembali memerintah Tanah Melayu, dia menyambung kembali pelajarannya di Penang Free School sehingga lulus Sijil Persekolahan. Pada tahun 1951, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Kirby College, Liverpool, England . | UMUM | |