PUSAT KAWALAN LALUAN UDARA | Pusat kawalan laluan udara lihat Kapal terbang. | UMUM | |
OTAK | Otak ialah pusat kawalan induk bagi badan. Otak sentiasa menerima maklumat dari deria tentang keadaan di dalam dan di luar badan. Otak dengan pantas menganalisis maklumat ini dan kemudian menghantar mesej yang mengawal fungsi dan tindakan badan. Otak juga menyimpan maklumat daripada pengalaman silam, yang menjadikan proses pembelajaran dan mengingat boleh berlaku. Di samping itu, otak adalah sumber pemikiran, mood, dan emosi. | UMUM | |
BUKIT AMAN | BUKIT AMAN, kompleks Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia. Segala dasar, arahan, dan perintah untuk seluruh pasukan polis digubal dan dikeluarkan dari Bukit Aman. Di sini juga terletak Pusat Kawalan Negara (Malaysia Control Centre) yang disifatkan sebagai nadi negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PIAWAI PERDAGANGAN | Piawai perdagangan memastikan perdagangan dijalankan secara jujur dan adil. Di Britain , majlis kaunti mentadbirkan jabatan piawai perdagangan, yang menguatkuasakan peraturan kerajaan pusat ke atas perundangan pengguna. Tanggungjawab jabatan ini meliputi pelbagai bidang termasuk kawalan mutu, serta timbangan dan ukuran. Jabatan ini juga menguatkuasakan Akta Perihal Perdagangan. | UMUM | |