| JEMPOL | JEMPOL, luak pentadbiran tanah mengandung dalam sistem tradisional Negeri Sembilan. Jempol tidak mempunyai Undang dan diperintah terus oleh Yamtuan Besar. Jempol dibahagikan kepada lima mukim iaitu Rompin, Serting Hilir, Jelai, Serting Hulu dan Kuala Jempol. Pusat pentadbiran daerah ialah Bandar Baru Serting. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| DARJEELING | Darjeeling (pend. 57 603) ialah ibu negeri musim panas Benggala Barat dan pusat pentadbiran daerah Darjeeling. Daerah ini terletak di utara Calcutta, iaitu di sebelah timur India, berhampiran sempadan Nepal. | UMUM | |
| MAKKAH AL-MUKARRAMAH, DAERAH | Makkah al-Mukarramah, Daerah ialah salah satu daripada 13 buah daerah Kerajaan Arab Saudi, yang di tetapkan sempadannya. Daerah Makkah terletak di pedalaman barat Arab Saudi, bersempadan dengan daerah Riyad di timurnya, daerah ‘Asir, al-Bahah dan Jazan di selatannya, daerah Madinah di utaranya dan Laut Merah di baratnya. Ia berada setinggi kira-kira 300 meter di atas permukaan laut. Pusat bandar bagi daerah Makkah al-Mukarramah ialah Makkah al- Mukarramah yang menyaksikan turunnya perutusan yang paling tinggi dan ayat-ayat al- Qur’an yang banyak daripada Allah SWT. Makkah al- Mukarramah juga ialah tempat kelahiran nabi dan rasul terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan bandar yang paling suci dan mulia di atas muka bumi. Ia juga pusat pentadbiran dan ketamadunan bagi daerah Makkah al-Mukarramah dan bandar yang paling banyak aktiviti, kemajuan dan pembangunan kerana ia merupakan tempat tumpuan puluhan juta umat Islam setiap tahun. | UMUM | |
| JUGRA | JUGRA, pusat pentadbiran kerajaan Selangor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor Keempat (m.m 1859 – 1898). Jugra terletak dalam daerah Kuala Langat, Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
| SWANSEA | Swansea (pend. 182 100) ialah pusat industri dan pelabuhan yang penting di Wales Selatan. Nama bandar ini dalam bahasa Wales, ialah Abertawe, kerana ia terletak di muara (aber dalam bahasa Wales) Sungai Tawe di Teluk Swansea. Bandar Swansea merupakan pusat pentadbiran bagi daerah kerajaan tempatan Swansea. | UMUM | |
| MATANG | MATANG, pusat pentadbiran bagi daerah Larut, Perak yang dibuka oleh Long Jaafar pada tahun 1850-an. Matang yang dahulunya dikenal sebagai Permatang, merupakan sebuah pusat kegiatan melombong bijih timah. Matang terletak di muara Sungai Larut, pantai barat Perak, sesuai sebagai tempat import dan eksport barang-barang dari Pulau Pinang dan ke pulau itu yang ditadbir oleh pihak British. Di sini jugalah Long Jaafar membina kota dan tempat kediamannya. Setelah kematian Long Jaafar, anaknya Ngah Ibrahim, terus menggunakan Matang sebagai pusat pentadbiran yang meliputi kawasan Kerian, Matang dan Selama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| OXFORD | Oxford (pend. 109 000 ) ialah sebuah daerah kerajaan tempatan yang terletak di Oxfordshire, England. Oxford mendapat namanya daripada bandar Oxford, yang merupakan pusat pentadbiran. | UMUM | |
| AVIGNON | Avignon (pend. 89 132; pend. kaw. met. 175 000) ialah pusat pertanian dan bandar bersejarah di Tenggara Perancis. Ia terletak di tebing Sungai Rhone, di salah sebuah kawasan pertanian paling kaya di Perancis. Untuk lokasi, lihat Perancis. Avignon ialah pusat perdagangan untuk wain, buah- buahan, sayur-sayuran, dan keluaran lain yang dihasilkan di kawasan ini. Aktiviti ekonomi lain termasuk perkapalan, memproses makanan dan pengilangan bahan kimia, kulit, alatan mesin, sabun dan tekstil. Pesta teater yang besar biasanya diadakan di sini pada musim panas. Bandar raya ini merupakan ibu negara Vaucluse department (daerah pentadbiran). | UMUM | |
| TELUK ANSON | TELUK ANSON, pusat pentadbiran kawasan Hilir Perak dan juga pelabuhan untuk daerah Kinta pada tahun 1895. Teluk Anson adalah sebuah bandar tua yang terletak di kawasan Hilir Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| MANDAILING | MANDAILING, suku kaum Batak di Pulau Sumatera, Indonesia. Nama Mandailing berasal daripada perkataan ‘Mandala Holing’. Pada zaman dahulu, Manda Holing adalah sebuah kerajaan yang meliputi daerah Portibi di Padang Lawas hingga ke Pidoli dan Mandailing. Pusat pentadbiran kerajaan asalnya di Portibi, kemudian dipindahkan ke Piu Delhi (yang dikenal sebagai Pidoli) atas desakan kerajaan Majapahit. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |