QATAR | Negara pengeluar minyak dan gas di Timur Tengah. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DOHA | Doha merupakan ibu kota bagi negara Qatar. Bandar ini terletak di pertengahan pantai timur negara, iaitu di salah satu teluk Doha yang bulat. Dari sini berasalnya nama Doha. | UMUM | |
RIYAL | Riyal ialah nama mata wang utama di Arab Saudi, Iran, Oman, Qatar dan Yaman. | UMUM | |
SEMENANJUNG TANAH ARAB | Semenanjung Tanah Arab, gurun yang gersang yang terletak di barat daya Asia. Sebahagian besar daripada gurun ini ialah negara Arab Saudi dan bahagian lain terdiri daripada negara Yaman, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Kuwait serta sebuah pulau yang dikenali sebagai Bahrain yang terletak berhampiran dengan pantai timur semenanjung ini. Semenanjung Tanah Arab amat luas dan sebahagian besarnya diliputi oleh tanah gersang yang sesetengah tempatnya amat jarang menerima hujan. Suhu di bahagian tengah semenanjung ini mencapai 54 ° C pada musim panas. Walau bagaimanapun, Semenanjung Tanah Arab merupakan satu kawasan ekonomi terpenting kerana ia mengandungi sumber minyak yang terbesar di dunia. | UMUM | |
MAJLIS KERJASAMA TELUK | Majlis Kerjasama Teluk ialah sebuah organisasi negara-negara Arab yang bekerjasama dalam bidang-bidang tertentu seperti pertahanan, tentera dan dasar ekonomi. Enam negara yang menganggotainya, iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu. | UMUM | |
TIMUR TENGAH | Timur Tengah ialah kawasan yang amat luas meliputi sebahagian besar benua Afrika Utara, Barat Daya Asia dan Tenggara Eropah. Para pengkaji tidak sependapat dalam pemetaan yang tepat bagi kawasan Timur Tengah ini. Walau bagaimanapun mereka sekata bahawa kawasan ini merangkumi negara-negara berikut: Cyprus, Mesir, Iran, Iraq, Palestin , Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar, Bahrain , Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Emiriah Arab Bersatu, dan Yaman. Keluasan keseluruhan kawasannya kira-kira 9 694 000 kilometer persegi. Penduduknya pula mencecah 262 juta orang. | UMUM | |
PUSAT PENYELIDIKAN KURMA | Pusat Penyelidikan Kurma ditubuhkan pada tahun 1402 H./1982 M. di Ahsa’ Arab Saudi. Ia bertujuan untuk mengkaji, mempelajari, menyelesaikan masalah dan memberi tunjuk ajar. Pusat ini juga menjalankan kajian secara praktikal bagi menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan penanaman, pengeluaran dan pengilangan kurma. Pejabat pentadbiran penyelidikan ini terletak di pusat latihan dan kajian pertanian dan perladangan sejauh 15 kilometer melalui jalan Hufuf-Qatar. | UMUM | |