RIDA | RIDA, lembaga ekonomi untuk membantu masyarakat luar bandar. RIDA ialah singkatan Rural Industrial Development Authority atau Lembaga Kemajuan dan Perusahaan Kampung. RIDA ditubuhkan pada bulan November 1950 oleh British. RIDA ditubuhkan hasil desakan Dato’ Onn Jaafar, sebagai satu tukar ganti bagi memujuk orang Melayu melonggarkan kerakyatan jus soli kepada bukan Melayu pada tahun 1951. Dalam pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan 1948 mengenai Kerakyatan Persekutuan, orang bukan Melayu yang lahir di negeri-negeri Melayu daripada keturunan yang telah menjadi rakyat raja-raja Melayu, diterima sebagai rakyat raja. Sebagai balasannya, British bersetuju menjadikan bantuan ekonomi kepada orang Melayu sebagai satu dasar pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MUHAMMAD RASHID RIDA | Muhammad Rashid Rida (1282 H.–1354 H./ 1865 M.–1935 M.), tokoh modenisasi dan pemikir Islam di Mesir dan dunia Arab. Nama penuhnya ialah Muhammad Rashid ibn ‘Ali Rida Shams al-Din ibn Muhammad Baha’ al-Din. Muhammad Rashid Rida ialah penulis yang mahir dalam bidang hadith, sastera, sejarah dan tafsir. Dia lahir di kampung al-Qalamun berdekatan Tarablus, di Syam dan merupakan anak murid kepada Husayn al-Jasar, penulis kitab al-Risalah al-Hamidiyyah. Muhammad Rashid Rida menerima ijazah pada tahun 1897 dan terpengaruh dengan aliran pemikiran Jamalaluddin al-Afghaniy serta Muhammad ‘Abduh dalam penulisannya melalui majalah al’Urwah al-Wuthqa. | UMUM | |
MARA | MARA, agensi berkanun. MARA ialah singkatan Majlis Amanah Rakyat. Ia ditubuhkan melalui Akta Parlimen 1966, sebagai sebuah badan berkanun. Sejarah penubuhan MARA adalah berikutan bubarnya Rural and Industrial Development Authority (RIDA) atau Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan yang telah ditubuhkan pada tahun 1950 untuk memperbaiki ekonomi dan sosial bumiputera di Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ZAKARIA HITAM | (1912- ), budayawan, pengumpul dan penulis sastera rakyat. Dia lahir pada 20 Jun 1912 di Kampung Benta, Pekan, Pahang. Dia lebih dikenali dengan panggilan Pak Zek. Zakaria mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Sekolah Inggeris Pekan dan Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang. Dia lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1937. Pada tahun 1954, dia lulus peperiksaan undang-undang bagi Pegawai perkhidmatan Melayu (MCS) dan dua tahun kemudian (1956) dia mendapat diploma dalam Public Administation dan diploma dalam bidang Secretarial Practice (Local Government). Dia memulakan kariernya sebagai kerani biasa di Jabatan Kerajaan. Dia pernah menjadi pegawai RIDA, setiausaha kepada Menteri Besar Pahang dan akhirnya menjadi pegawai kerja di Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang sehinggalah dia bersara pada 31 Disember 1970. | SASTERA | Tokoh |