Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Radio dan Televisyen Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata RTM


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RTM

RTM, sebuah stesen penyiaran milik kerajaan.  RTM ialah singkatan Radio dan Televisyen Malaysia.  RTM diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia.  RTM mempunyai 29 stesen radio dan dua saluran televisyen iaitu TV1 (Saluran Perdana) dan TV (Saluran Emas).

BUDAYAInstitusi/Organisasi
BINTANG RTM

Bintang RTM, pertandingan nyanyian yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bertujuan untuk mencari bakat baharu dalam bidang seni suara.

KESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)

sebuah stesen penyiaran milik kerajaan. RTM diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran, Kemeterian Penerangan Malaysia

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
ORKESTRA RTM

ORKESTRA RTM, kumpulan pancaragam yang ditubuhkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, Orkes Radio Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1956 diberi nama Orkes Tiga Serangkai. Orkes ini dipimpin oleh Alfonso Soliano yang juga pemain piano dan dianggotai oleh Mahadzir Yassin, pemain dabal bes dan J.J. Villinguez, pemain dram. Orkes ini menyediakan rancangan muzik untuk siaran. Semasa diadakan Pertandingan Mencipta Lagu Kebangsaan dan Bintang Radio yang bertujuan untuk mencungkil bakat pencipta lagu dan penyanyi, orkes ini mempunyai lapan orang ahli dan ditukar nama kepada Orkes Studio Puspa Irama.

BUDAYAKegiatan
RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) UMUM 
BAKAT TV

BAKAT TV, pertandingan bagi mencungkil bakat baharu dalam semua bidang hiburan yang dibuat secara tahunan oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Bakat TV dimulakan pada tahun 1970 dan berakhir pada tahun 1981. Selepas itu, Bakat TV ditukar bentuk menjadi Bakat RTM. Pada tahun 1970, semua jenis bakat digabungkan dalam satu pertandingan iaitu nyanyian solo, nyanyian berpadu suara, solo instrumental, pancaragam, aneka persembahan (silap mata, mimik dan lawak jenaka), dan disiarkan di televisyen secara bersiri.

BUDAYAKegiatan
BIDIN SUBARI

BIDIN SUBARI (1937-      ), penulis, pelakon dan pengarah drama.  Dia lahir pada 9 Disember 1937 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Dia juga menggunakan nama pena Malina Manja.  Dia mendapat pendidikan hingga Darjah Tujuh di Sekolah Raja Muda, Kampung Baru dan di Sekolah Teknik, Kuala Lumpur. Dia pernah bertugas sebagai guru Training Under Other Scheme (TUOS) hingga tahun 1971, penyelia pementasan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hingga tahun 1976, dan sebagai pereka set hingga tahun 1983.  Sejak tahun 1984, dia bertugas di bahagian skrip dan cereka di RTM.

BUDAYATokoh
CITRA

Citra,  rancangan Radio Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang disiarkan di Radio 1. Rancangan ini merupakan suatu usaha kerjasama antara DBP dengan RTM.

BAHASAKegiatan
MINGGU BAHASA

MINGGU BAHASA, gerakan untuk menimbulkan kesedaran rakyat terhadap bahasa kebangsaan negeri ini serta menggalakkan penggunaannya.  Pada 7 Januari 1958, suatu pengumuman telah disiarkan melalui Radio Malaysia (kini RTM) untuk mengadakan gerakan ‘Minggu Bahasa’ yang akan dijalankan serentak di seluruh Persekutuan Tanah Melayu.  Tujuan diadakan minggu tersebut adalah untuk meluaskan lagi pemakaian bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi untuk menarik perhatian orang ramai, semua kaum dan bangsa dalam negeri ini kepada bahasa kebangsaannya dan untuk meninggikan semangat ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.

BAHASAKegiatan
ZAIHASRAZAIHASRA  (1951-1989),  penulis dan penyair.  Dia lahir pada 28 Februari 1951 di Kampung Sungai Buluh, Alor Gajah, Melaka.  Nama sebenarnya ialah Zaiton binti Abdullah. Dia mendapat pendidikan di Melaka hingga memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia pernah bertugas sebagai Penerbit Rancangan Sastera di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sebelum berhenti pada tahun 1980 untuk mengusahakan perniagaan sendiri iaitu Syarikat Jitu Sdn. Bhd.SASTERATokoh

Kembali ke atas