TEMBOK HADRIAN | Tembok Hadrian dibina oleh Maharaja Rom, Hadrian, pada tahun 120-an M. merentasi utara Britain di antara Solway Firth dengan muara Sungai Tyne. Tembok ini dibina untuk menandakan sempadan Britain Rom, dan untuk menghalang serangan dan penyeludupan oleh kaum Pict dan Scot. Sebahagian tembok dibina menggunakan batu dan sebahagian lagi merupakan tetembok daripada rumput. Terdapat beberapa kubu kecil, dikenali sebagai milecastle (kastil sebatu) , dibina selang sebatu (kira-kira 1.6 kilometer) setiap satu di sepanjang tembok ini, di samping 23 kubu besar ini. Vallum ialah parit yang selari dengan tembok. Banyak bahagian tembok ini masih kukuh hingga kini. Lihat juga Tembok Rom. | UMUM | |
MILAN | Milan (pend. 1 369 231), bandar kedua terbesar di Itali. Rom mempunyai lebih penduduk berbanding Milan. Milan terkenal sebagai pusat kewangan, pembuatan dan perdagangan antarabangsa yang utama bagi Itali. Bandar terletak di utara Itali, berhampiran dengan jalan tembus melalui pergunungan Alps. Ini menjadikannya sebagai pusat perdagangan sejak tahun 100-an M. (lihat Itali [peta politik]). Ramai pelancong yang melawat Milan untuk melihat hasil seni yang tidak ternilai harganya di situ. Milan ialah ibu wilayah Lombardy, salah satu wilayah politik Itali. Nama bandar ini dalam bahasa Itali ialah Milano. | UMUM | |
NAPLES | Naples (pend. 1 067 365) merupakan bandar ketiga terbesar di Itali selepas Rom dan Milan. Bandar ini terletak di kaki banjaran bukit pantai barat di selatan Itali. Untuk lokasi Naples, lihat Itali (peta politik). | UMUM | |
SEPTEMBER | September ialah bulan kesembilan dalam setahun menurut kalendar Gregory yang kini digunakan hampir di seluruh dunia. September merupakan bulan ketujuh dalam kalendar lama Rom purba dan namanya berasal daripada perkataan Latin, Septem yang bermaksud tujuh . Kemudian September menjadi bulan kesembilan apabila orang Rom purba menggerakkan permulaan tahun mereka dari 1 Mac kepada 1 Januari. September mempunyai 29 hari, 31 hari, dan 30 hari sejak zaman maharaja Rom Augustus. | UMUM | |
SNELL, PETER | Snell, Peter (1938– ), salah seorang pelari jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962, dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela (1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3 saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara 800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake, di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada bidang olahraga pada tahun 1965. | UMUM | |
OKTOBER | Oktober ialah bulan ke-10 dalam satu tahun mengikut kalendar Gregory, yang kini digunakan di hampir seluruh dunia. Namanya diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud lapan. Oktober ialah bulan kelapan dalam kalendar awal orang Rom. Ia kemudiannya menjadi bulan ke-10 apabila orang Rom mengalihkan permulaan tahun dari 1 Mac kepada 1 Januari. Oktober mempunyai 31 hari semenjak zaman maharaja Rom, Augustus. | UMUM | |
SURAH AL-RUM | Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk menunjukkan kebenaran berita dalam al-Qur’an. Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun ...”. (Surah al-Rum 30:1–4) | UMUM | |