Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) rumah bertingkat yg sama bentuk­nya dan dibina bercantum dlm satu deretan, biasanya setiap tingkat merupakan satu unit rumah; b) rumah teres satu atau dua setengah tingkat yg kelihatan tinggi dan agak sempit, terletak di kawasan bandar atau pinggir bandar, bereka bentuk moden, biasanya mem­punyai anjung kereta di tingkat bawah serta ruang tamu di tingkat satu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RIGA

Riga (pend. 875 000) ialah ibu negara dan bandar

terbesar di Latvia. Riga ialah pusat perkapalan yang

penting, dan lebih separuh keluaran industri Latvia

dihasilkan di bandar ini. Bandar ini juga menjadi

pusat kebudayaan dan politik Latvia selama

beratus-ratus tahun. Bandar ini terletak di hujung

selatan Teluk Riga, dan melalui bandar inilah

Sungai Dvina Barat (Daugava) mengalir masuk ke

teluk tersebut. Untuk lokasi, lihat Latvia (peta). Di

bandar ini, kompleks perumahan moden

membangun di sekeliling gereja dan rumah-rumah

saudagar yang cantik, yang dibina pada Zaman

Pertengahan.

UMUM 
NORTHAMPTONSHIRE

Northamptonshire ialah kaunti Inggeris yang

kecil yang terdiri daripada kampung-kampung

dengan rumah batu yang indah, rumah agam

bersejarah, rumah golongan bangsawan, dan gereja

yang mempunyai puncak menara zaman

pertengahan yang indah. Untuk lokasi

Northamptonshire, lihat England (peta politik).

Kaunti ini terkenal kerana pengeluaran kasut dan

pakaian. Bandar industrinya terletak berhampiran

bahagian tengah kaunti ini. Bentuk muka buminya

berbeza-beza daripada padang rumput yang luas

dan rata di Lembah Nene yang lebih rendah hingga

dikelilingi bukit yang landai di bahagian tenggara.

UMUM 
SALEM

Salem (pend. 38 264) ialah bandar di

Massachusetts, Amerika Syarikat. Bandar ini

merupakan salah sebuah bandar yang penuh

sejarah di New England serta tempat pengadilan

tukang sihir pada tahun 1690-an. Pada sekitar

tahun 1850-an, Salem menjadi pusat industri

kapas. Kini keluaran bandar ini meliputi kabel,

mentol denyar, permainan, lampu, plastik, dan

keluaran kulit.

Salem State College terletak di Salem. Banyak

rumah yang bersejarah terletak di bandar ini

termasuk rumah tempat lahir Nathaniel

Hawthorne dan House of Seven Gables.

UMUM 
TANGIER

Tangier (pend. 266 346), juga dieja Tanger, ialah

bandar di kawasan pantai utara Maghribi. Ia terletak

di sepanjang Selat Gibraltar yang menghubungkan

Lautan Atlantik dengan Laut Mediterranean. Untuk

lokasi, lihat Maghribi (peta). Tangier adalah ibu

negeri wilayah Tangier. Ia merupakan pelabuhan

kedua terpenting di Maghribi selepas Casablanca

dan pelabuhan utama untuk kapal penumpang. Dari

laut, bandar ini kelihatan seperti amfiteater, dengan

rumah-rumah putih membarisi bukitnya.

UMUM 
TASIK COMO

Tasik Como, tempat yang cantik dan masyhur di

bahagian utara Itali. Dalam bahasa Itali, Tasik Como

dikenali sebagai Lago di Como . Tasik ini terletak di

wilayah Lombardy di kaki Pergunungan Alps. Tasik

tersebut meliputi sebuah kawasan seluas 145

kilometer persegi. Pantainya dibarisi rumah-rumah

musim panas yang cantik, taman indah dan ladang

anggur yang subur. Sungai Adda mengalir melalui

Tasik Como. Setiap tahun, beribu-ribu pelancong

melawat Como yang merupakan bandar utama di

tasik tersebut.

UMUM 
PETRA

Petra ialah bandar purba di selatan Laut Mati

yang kini dikenali sebagai Jordan. Petra ialah pusat

perdagangan yang penting pada akhir tahun 400-

an S.M. hingga awal tahun 200-an. Bandar tersebut

berada di jalan perdagangan darat yang

menghubungkan kawasan Arab dan Laut

Mediterranean . Kaum Nabataean, satu kumpulan

orang Arab, berkuasa di Petra pada tahun 400-an

S.M. Pada tahun 106 M., Petra ditawan oleh tentera

Rom yang menjadikannya sebahagian daripada

empayar Rom. Petra maju dari tahun 106 hingga

awal tahun 200-an M. Penduduk Petra membina

kuil-kuil di kawasan lapang dan mereka menebuk

cerunan untuk membuat rumah. Petra selalu

digelar bandar merah mawar kerana bangunannya

yang diperbuat daripada batu merah dan cerunan

merah yang mengelilinginya.

UMUM 
OSTRAVA

Ostrava (pend. 331 448) ialah salah satu bandar yang

terbesar di Republik Czech. Ia terletak di bahagian

timur laut negara ini [lihat Republik Czech (peta)].

Ostrava merupakan pusat kawasan perindustrian

yang terbesar di negara tersebut. Bandar ini dikenali

kerana industri besi dan keluli yang sangat besar dan

kerana pengeluaran logamnya. Kawasan ini juga

mempunyai lombong batu arang, kilang penapisan

minyak, dan kilang kimia. Keluaran Ostrava yang lain

termasuklah bahan binaan rumah, makanan, pakaian

dan keluaran perabot.

UMUM 
READING

Reading (pend. 213 474) ialah bandar dan

kawasan kerajaan tempatan di Selatan England.

Reading ini terletak di tebing Sungai Kennet

berdekatan persimpangan dengan Sungai Thames.

Perkampungan berhampirannya, termasuklah

Mapledurham, tapak kawasan rumah jagaan polis

Tudor.

UMUM 
PORT ARTHUR

Port Arthur (pend. 150) ialah bandar di

Tasmania, Australia dan pernah menjadi

petempatan para banduan yang dibuang daerah. Ia

terletak di Semenanjung Tasman, kira-kira 100

kilometer dari Hobart jika melalui jalan raya. Ramai

pelancong datang ke bandar ini untuk

menyaksikan tinggalan sejarah petempatan

banduan. Antara bangunan yang terdapat di sini

termasuklah sebuah gereja, sebuah rumah, sebuah

hospital, dan penjara contoh yang masih wujud. Sir

George Arthur ialah gabenor Tasmania yang

menubuhkan petempatan banduan.

UMUM 
SANDRINGHAM

Sandringham ialah estet luar bandar yang

digunakan oleh keluarga diraja British. Letaknya

di Norfolk, lebih kurang 11 kilometer di timur laut

King’s Lynn. Estet ini diperoleh untuk Edward VII,

yang pada waktu itu menjadi Putera Wales, pada

tahun 1861. Rumah Sandringham siap dibina

pada tahun 1870. Tamannya dimajukan dan

diperbaik oleh George V dan Ratu Mary. Estet ini

boleh dikunjungi oleh orang ramai sekiranya

keluarga diraja tidak berada di sana.

UMUM 
12

Kembali ke atas