Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARSON

Arson ialah perbuatan sengaja membakar

sesebuah rumah atau harta benda lain. Dalam

beberapa hal, arson dilakukan kerana hendak

membalas dendam terhadap pemilik bangunan

atau penghuninya. Kebakaran lain dimulakan untuk

memusnahkan bukti jenayah yang lain, seperti

pembunuhan ataupun mencuri. Dalam hal yang

lain, kes arson berpunca daripada perbuatan

vandalisme atau piromania , iaitu dorongan yang

tak dapat dikawal untuk membakar sesuatu.

UMUM 
RUMAH AGAM

Rumah agam ialah rumah zaman dahulu yang

dihargai kerana seni bina dan keseniannya yang

indah atau kerana ia dikaitkan dengan sesebuah

keluarga yang penting. Terdapat ratusan rumah

seumpama ini di Britain dan Ireland yang dibina

pada zaman yang berlainan sejak ratusan tahun

yang lalu.

UMUMUmum
GAWAI

GAWAI, perayaan yang diamalkan oleh suku kaum Dayak dan kaum-kaum lain di Sarawak. Umumnya, gawai disambut oleh penghuni sesebuah rumah panjang. Dalam bahasa Iban, ‘gawai’ atau ‘gawa’ bermakna apa sahaja jenis pekerjaan atau kegiatan yang dijalankan.

BUDAYAAdat
ACROPOLIS

Acropolis ialah pusat agama dan tentera

sesebuah negara kota di Yunani purba. Orang

Yunani biasanya membina kubu di atas bukit, yang

dinamakan acropolis, di dalam atau dekat kota

untuk pertahanan. Ia kerap merupakan tempat

pertama yang diduduki. Semasa kegemilangan era

Mycenaea (1400–1200 S.M.), istana raja biasanya

dibina di atas bukit. Istana juga menjadi kubu

tentera dan tempat perlindungan bagi warga kota

semasa kecemasan. Kuil-kuil terpenting bagi

negara kota juga dibina di sini, termasuk rumah

berhala dewa mereka.

UMUM 

Kembali ke atas