Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata S A TAN


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI

S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah

tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap

Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1

Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli

perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli

akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah

berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938

sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu

dia baru sahaja menamatkan pengajian di

Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang

iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949.

Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri

Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai

Seremban), dan mengambil kontrak memberi

perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar

tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949,

dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka

cawangan perniagaan keluarganya di bandar

tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di

sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai

Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali

sebagai Java Street).

UMUM 
CHANG MIN TAT, TAN SRI DATUK

Chang Min Tat, Tan Sri Datuk (1916 - 2007), bekas Hakim Mahkamah Persekutuan. Beliau dilahirkan di Ipoh pada bulan April 1916 dan menerima pendidikan awal di St. Michael’s Institution, Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura.

UNDANG-UNDANGTokoh
EUSOFFEE ABDOOLCADER, TAN SRI

EUSOFFEE ABDOOLCADER, Tan Sri (1924 – 1996), hakim dan ahli perundangan. Dia lahir pad 18 September 1924 di Pulau Pinang, Eusoffee memulakan pengajianya di Penang Free School, Pulau Pinang an meneruskan pengajian  ke Raffles College, Singapura. Dia melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di University of Kyoto dan seterusnya ke University College, University of London. Dia mendapat penghormatan tertinggi sebagai pemegang Biasiswa pelajar University of London bagi bidang perundangan dari tahun 1949 hingga tahun 1950 dan mendapat ijazah Sarjana Muda Undang-undag dengan kepujian Kelas Satu. Dia adalah ahli Gray’s Inn dan seterusnya diterima sebagai peguam di United Kingdom pada 26 Januari 1950. Dia diterima sebagai peguam di Tanah Melayu pada 30 Mac 1951 dan seterusnya bertugas di Singapura pada 12 November 1969.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHAMED HASHIM MOHD. ALI, TAN SRI

MOHAMED HASHIM MOHD. ALI, Tan Sri (1953-      ), Panglima Angkatan Tentera yang kelapan (1987-1992).  Dia lahir pada 10 April 1935 di Kuala Lumpur.  Dia mendapat pendidikan awal di St. Mary’s Kindergarten dan Pasar Road Primary School.  Semasa pemerintahan Jepun, dia belajar di Sekolah Jepun dan kemudian ke Victoria Institution, Kuala Lumpur hingga memperoleh Senior Cambrige (1953).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MONUMEN MEGALIT

Monumen megalit ialah binaan yang dibuat

daripada batu besar oleh orang prasejarah untuk

kubur ataupun untuk tujuan keagamaan. Perkataan

megalit bererti batu besar. Batu itu mungkin

seberat dari 25 tan hingga 90 tan metrik tiap-tiap

satu. Monumen megalit boleh dijumpai di

beberapa bahagian di dunia. Monumen yang

paling terkenal terdapat di barat Eropah dan dibina

antara tahun 4000 S.M. dan tahun 1500 S.M.

UMUM 
WAN HAMZAH WAN MOHAMED SALLEH

WAN HAMZAH WAN MOHAMED SALLEH, TAN SRI (1923-    ), Hakim Mahkamah Agung.  Dia lahir pada 15 Disember 1923, di Kota Bharu, Kelantan.  Wan Hamzah menerima pendidikan awalnya di Majlis Agama Islam Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1936, sebelum melanjutkan pelajarannya di Singapura English School pada tahun 1940, sehingga lulus School Certificate. Dia kemudian mengulang pelajarannya dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, London Barister-at-Law pada tahun 1959.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
WAN SULAIMAN PAKWAN TEH

WAN SULAIMAN PAKWAN TEH, Tan Sri (1926-     ),  Hakim Mahkamah Persekutuan (1974-1988).  Dia lahir pada 17 Mei 1926 di Teluk Intan, Perak. Wan Sulaiman mendapat pendidikan di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang sastera dari Raffles College, Singapura. Dia melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan memperoleh Barrister-at-Law dari Loncoln’s, London pada tahun 1955.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas