| ADAT PERKAHWINAN SEMELAI | ADAT PERKAHWINAN SEMELAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Semelai di Semenanjung Malaysia. Mereka sangat menggalakkan bentuk perkahwinan endogami iaitu perkahwinan antara ahli dalam satu kelompok atau kampung tetapi bukan di kalangan ahli keluarga atau saudara terdekat. | BUDAYA | Konsep |
| SEMELAI | SEMELAI, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Melayu-Proto. Masyarakat ini terdapat di bahagian selatan negeri Pahang dan utara Negeri Sembilan. Orang Semelai merupakan suku kaum yang ketiga besar dalam rumpun Melayu-Proto selepas Temuan dan Jakun. Kedatangan orang Semelai ke negara ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ramai orang Semelai percaya bahawa nenek moyang mereka berasal dari Sumatera. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |