Sahel ialah kawasan padang rumput kering di Afrika. Sahel terletak di bahagian selatan Sahara, dan merentangi sebahagian besar negara Senegal, Mauritania, Mali, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Chad dan Sudan. Sesetengah ahli geografi juga mengambil kira kawasan kering Ethiopia, Kenya dan Somalia sebagai sebahagian daripada Sahel. Kemarau yang teruk telah beberapa kali melanda Sahel. Kawasan itu menjadi terlalu kering semenjak tahun 1968. Berjutajuta penduduk di Sahel mati kerana tanaman musnah disebabkan oleh kemarau. |