Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Slovakia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SLOVAKIA

Slovakia ialah sebuah negara di tengah Eropah

yang mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1993.

Negara ini disempadani Poland di sebelah utara,

Ukraine di timur, Hungary di selatan, dan Austria

serta Republik Czech di barat. Dari tahun 1918

hingga 31 Disember 1992, Slovakia dan Republik

Czech merupakan rakan dalam negara yang lebih

besar, iaitu Czechoslovakia. Kerajaan komunis

mengambil alih tampuk pemerintahan

Czechoslovakia dari tahun 1948 hingga tahun 1989.

UMUM 
SLOVAK

Slovak ialah orang Slav yang merupakan

sebahagian besar penduduk Slovakia. Menjelang

tahun 400-an, M., leluhur kaum Slovak menetap di

negara yang kini dikenali sebagai Slovakia.

Pada tahun 800-an, Slovak merupakan

sebahagian daripada Empayar Moravia Besar.

Kaum Magyar (orang Hungary) menawan Slovakia

lebih kurang pada tahun 900 dan memerintah

orang Slovak selama 10 abad berikutnya.

Di bawah pemerintahan Hungary, kaum Slovak

mengekalkan bahasa mereka sendiri tetapi

tidak pernah menganggap diri mereka sebagai

kaum yang berasingan sehinggalah pada tahun

1800-an.

UMUM 
PERGUNUNGAN CARPATHIAN

Pergunungan Carpathian ialah sebahagian

daripada sistem pergunungan yang utama di

kawasan tengah Eropah. Pergunungan ini

memanjang sehingga kira-kira 1500 kilometer di

sepanjang sempadan Slovakia-Poland dan ke

Romania . Kebanyakan daripadanya terletak di

Slovakia dan Romania. Untuk lokasi, lihat Eropah

(peta bentuk muka bumi). Aras yang paling tinggi

ialah Gerlachovsky Sˇtit (2655 meter) di Gunung Tatra

Slovakia dan Rysy (2499 meter) di Poland.

UMUM 
REPUBLIK CZECH

Republik Czech ialah negara yang terletak di

tengah Eropah yang memperoleh kemerdekaan

pada 1 Januari 1993. Negara ini bersempadan

dengan Poland di sebelah utara, Slovakia di

sebelah timur dan Jerman di sebelah barat. Prague

ialah ibu negaranya dan bandar yang terbesar. Dari

tahun 1918 hingga 31 Disember 1992, kawasan

yang kini Republik Czech bersatu dengan Slovakia

bagi membentuk sebuah negara yang lebih besar

dikenali Czechoslovakia.

UMUM 
NEGARA SLAV

Negara Slav ialah negara yang kebanyakan

daripada penduduknya berbangsa Slav (negeri

Slav). Negara tersebut termasuk Republik Czech,

Poland, Slovakia, dan Slovenia di tengah Eropah,

Bosnia-Herzegovina (kadangkala dikenali sebagai

Bosnia dan Hercegovina), Bulgaria, Croatia,

Macedonia, dan Yugoslavia di selatan Eropah,

Belarus dan Ukraine di timur Eropah, dan Rusia,

yang terletak sebahagiannya di timur Eropah dan

sebahagiannya di Asia.

UMUM 
BRATISLAVA

Bratislava atau Pressburg (pend. 409 100) ialah

ibu negara dan bandar terbesar di Slovakia. Ia

terletak di Sungai Danube, 56 kilometer ke timur

Vienna, Austria.

UMUM 
SUDETENLAND

Sudetenland ialah satu kawasan yang terletak di

cerun Pergunungan Sudeten. Ia terletak di Republik

Czech, bersempadan dengan Bohemia, Moravia, dan

Jerman. Pada suatu ketika dahulu, ramai orang

Jerman yang tinggal di Sudetenland. Perjanjian

Versailles dan St. Germain pada tahun 1919

menjadikan kawasan tersebut sebahagian daripada

Czechoslovakia masa kini. Perjanjian Munich pada

tahun 1938 menyerahkan kawasan tersebut dengan

kawasan Czech yang lainnya kepada Jerman (lihat

Perjanjian Munich). Pada tahun 1945, pihak Berikat

mengembalikan semula Sudetenland kepada

Czechoslovakia, dan penduduk Jerman disingkir dan

digantikan dengan penduduk Czech dan Slovak. Pada

tahun 1992, Czechoslovakia tidak lagi wujud dan

negara-negara merdeka di Republik Czech dan

Slovakia diwujudkan untuk menggantikannya.

UMUM 

Kembali ke atas