XUNZI | Xunzi (340? SM–245? SM), juga dieja Hsun Tzu, ialah seorang ahli falsafah Cina yang paling dikenali kerana kepercayaannya bahawa sifat semula jadi manusia pada dasarnya jahat. Dia menganggap dirinya pengikut falsafah Konfusianisme. Walau bagaimanapun, pendapatnya tentang sifat semula jadi manusia berbeza daripada pendapat kebanyakan pengikut Konfusianisme. | UMUM | |
XENOPHON | Xenophon (430? SM – 355? SM) ialah askar, ahli sejarah, dan penulis Yunani. Sumbangannya yang paling penting ialah buku mengenai ahli falsafah Yunani, Socrates dan mengenai sejarah Yunani. | UMUM | |
EUCLID | Euclid (330? SM– 270? SM), ahli matematik Yunani yang sering kali digelar bapa geometri. | UMUM | |
ERATOSTHENES | Eratosthenes (276? SM–195? SM) ialah ahli matematik Yunani. Dia menemui cara mengukur jarak sekeliling bumi tanpa perlu meninggalkan utara Afrika, negeri tempat tinggalnya. | UMUM | |
EMPEDOCLES | Empedocles (495? SM–435? SM) ialah ahli falsafah Yunani awal. Dia bersetuju dengan pendapat Parmenides, iaitu ahli falsafah Yunani yang berpengaruh, bahawa sesuatu yang wujud itu tetap kekal dan tidak berubah. | UMUM | |
ZENO ELEA | Zeno Elea (490? SM – 430 SM) ialah ahli falsafah Yunani yang tinggal di tanah jajahan Yunani, iaitu Elea di selatan Itali. Dia mempertahankan ajaran gurunya, iaitu ahli falsafah Parmenides, yang percaya apa yang wujud adalah satu, kekal abadi, dan tidak berubah. | UMUM | |
EURIPIDES | Euripides (kira-kira 480 SM – 406 SM) ialah tokoh ketiga daripada tiga orang penulis agung tragedi Yunani. | UMUM | |
PATRISIAN | Patrisian ialah golongan aristokrat Republik Rom awal (509 SM–264 SM). Perkataan Inggeris patrician berasal daripada perkataan Latin pater (bapa), yang digunakan untuk memerikan anggota Senat Rom. | UMUM | |
DAMOCLES | Damocles ialah anggota istana Dionysius II, yang memerintah Syracuse, Sicily, dari tahun 367 SM hingga tahun 344 SM. | UMUM | |
DINASTI SELEUCID | Dinasti Seleucid merujuk kepada siri raja yang memerintah di barat daya Asia dari tahun 312 SM hingga tahun 64 SM. | UMUM | |