| NEVINS, ALLAN | Nevins, Allan (1890–1971), ahli sejarah dan pendidik Amerika Syarikat yang dua kali dianugerahi Hadiah Pulitzer dalam bidang biografi. Grover Cleveland: A Study in Courage memenangi hadiah ini pada tahun 1933, dan Hamilton Fish: The Inner History of the Grant Administration pada tahun 1937. | UMUM | |
| YERKES, ROBERT MEARNS | Yerkes, Robert Mearns (1876–1956), pakar psikologi Amerika yang terkenal dengan penyelidikannya mengenai tingkah laku beruk. Buku karangannya yang paling penting ialah The Great Apes: A Study of Anthropoid Life (1929). | UMUM | |
| JAMAAH ISLAH MALAYSIA | JAMAAH ISLAH MALAYSIA, pertubuhan yang diasaskan oleh bekas pelajar yang bergiat aktif dalam pergerakan dakwah pelajar di seberang laut. Pertubuhan ini ditubuhkan pada 27 Julai 1990. antara pertubuhan pelajar tersebut ialah Islamic Representative Council (IRC) atau Majlis Syura Muslimun di United Kingdom, Malaysian Islamic Study Group (MISG) atau Kumpulan Kajian Pelajar Islam Malaysia (KKPIM) di Amerika Syarikat dan Kanada, dan gerakan pelajar di Australia dan Timur Tengah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |