Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[syi.Öah] | شيعة

Definisi : Ar salah satu drpd dua mazhab terpen­ting dlm Islam yg menolak tiga khalifah ar-Rasyidin yg awal dan menganggap Saidina Ali sbg pengganti Nabi Muhammad yg sah; kaum ~ kaum yg mengasingkan diri drpd kaum Sunah (dlm agama Islam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Syiah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYIAH

Syiah. Syiah ialah satu kumpulan orang Islam yang

berpendapat bahawa kepimpinan negara (imamah

atau khilafah ) bukan lagi satu keperluan umum yang

diserahkan kepada orang ramai untuk

menentukannya, malah ia menjadi satu rukun dan

satu daripada prinsip agama Islam. Oleh yang

demikian, mereka beranggapan bahawa adalah tidak

wajar Rasulullah s.a.w. meninggalkan urusan ini atau

menyerahkannya untuk diselesaikan sendiri oleh

umat Islam. Baginda wajib menentukan imamah yang

akan mentadbir urusan orang Islam. Lalu kumpulan

ini membuat andaian bahawa Nabi Muhammad s.a.w.

telah mewasiatkan imamah kepada Sayidina Ali ibn

Abu Talib sebagai pengganti Baginda.

UMUM 
SYIAH IMAM DUA BELAS

Syiah Imam Dua Belas atau dalam bahasa

Arabnya disebut al-Imamiyyah al-Ithna ‘Ashariyyah

ialah satu kumpulan Syiah yang meyakini bahawa

terdapat 12 orang imam yang maksum (bebas dari

dosa). Mereka mempunyai syarat-syarat khusus

untuk memperoleh pangkat imam tersebut dan

mereka juga lebih berhak untuk menjadi

pemerintah berbanding orang lain. Pengikut Syiah

mengemukakan hadith-hadith, bukti-bukti serta

dalil-dalil yang dipenuhi dengan kepalsuan dan

pentakwilan selari dengan tuntutan mazhab

mereka, seperti yang dikatakan oleh ulama ahli

Sunnah.

UMUM 
TABTABA'IY, MUHAMMAD IBN HUSAYN AL-

Tabtaba’iy, Muhammad ibn Husayn al-

(1321–1404 H./1903–1983 M.), pengikut Syiah

Imamiyyah, ahli tafsir, penulis dan guru. Dia lahir di

bandar Tibriz, Iran. Dia menamatkan pengajian

peringkat awalnya di Iran. Kemudian dia berhijrah

ke bandar Najaf di Iraq untuk melanjutkan

pengajiannya. Dia terus menetap di Najaf

sehinggalah memperoleh taraf ijtihad yang

melayakkan dia memberikan fatwa dan mengajar.

Taraf ini menyamai doktor falsafah.

Al-Tabtaba’iy akhirnya kembali ke Iran dan

menetap di bandar Qum. Di sana, dia mula

mengajar dan menulis. Dia menghasilkan pelbagai

karya ilmiah dan antara karyanya yang termasyhur

ialah kitab tafsirnya yang berjudul “ al-Mizan fi Tafsir

al-Qur’an . Ia merupakan ensiklopedia yang besar,

mengandungi 20 jilid. Karya ilmiahnya juga

mencakupi pelbagai bidang lain seperti

kebudayaan, falsafah, sastera dan sejarah. Dalam

mentafsirkan al-Qur’an, al-Tabtaba’iy berpandukan

kaedah pentafsiran yang tersendiri yang dipegang

oleh Mazhab Syiah Imamiyyah.

UMUM 
KARBALA’

Karbala’ ialah sebuah bandar yang terletak di

selatan Iraq. Ia ialah salah satu bandar yang

terpenting bagi orang Islam daripada kalangan

pengikut Syiah kerana di situ terdapat makam

Sayidina Husayn ibn ‘Ali r.a.

UMUM 
TARIAN DABUS

TARIAN DABUS, tarian tradisional negeri Perak. Tarian yang berunsur keagamaan ini berasal dari negeri Arab. Ia dipercayai diperkenalkan oleh pengikut Sayidina Ali (kaum Syiah), untuk menakutkan pihak musuh. Para penarinya menggunakan dabus (senjata tajam) untuk memperlihatkan kehandalan dan kepahlawanan. Sehubungan dengan itu, unsur-unsur ilmu pertapaan dan mistik tidak dapat dielakkan dalam tarian ini dalam usaha untuk menonjolkan kekebalan diri. Mereka tidak berasa sakit walaupun dicucuk atau ditusuk dengan senjata yang tajam.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
ZAYDIYYAH

Zaydiyyah adalah sebuah jemaah Islam yang

mengambil sempena nama Zayd ibn Ali ibn al-

Husayn (79–122 H/698–740 M). Golongan ini

bersependapat dengan golongan Ithna ‘Asyariyyah

(golongan syiah Imamiyyah) dalam soal bilangan

aturan imam besar mereka sehingga kepada Imam

Zayd ibn Zayn al-‘Abidin. Walau bagaimanapun,

mereka berpendapat bahawa Imam Zayd adalah

lebih layak menjadi imam berbanding Muhammad

al-Baqir. Kedua-dua golongan ini juga tidak

sehaluan dalam kefahaman terhadap konsep Imam

(pemimpin negara) dan tugasnya.

UMUM 
BORIA

BORIA,  seni pentas yang popular di Pulau Pinang.  Pada masa dahulu, boria merupakan sebuah pantomim dalam perayaan Muharam yang diraikan oleh golongan Syiah Islam bagi merakamkan takziah atas peristiwa Perang Karbala dalam sejarah Islam di Timur Tengah.  Walau bagaimanapun, pantomim takziah yang terdapat di Pulau Pinang pada masa itu banyak dipengaruhi oleh acara perayaan Durgapuja dari India yang dibawa oleh askar India Islam Syiah.

 

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
AGAMA BAHAI

Agama Bahai, agama yang muncul di zaman moden. Asalnya, ia merupakan salah satu mazhab Syiah di sekitar penghujung abad ke-19.

AGAMAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
ABDURRAUF SINGKEL

Abdurrauf Singkel (1592–1693), ulama Indonesia

yang terkenal. Nama sebenarnya Syekh Aminuddin

Abdur Rauf bin Ali al-Jawi al-Fansuri. Nama

Abdurrauf Singkel diperoleh daripada ‘Abdoerraoef

van Singkel’, nama yang digunakan oleh penulis-penulis

Barat seperti, D.A. Rinkers. Gelaran lain untuk

Abdurrauf ialah Syekh Kuala, Tengku Syekh Kuala,

Syiah Kuala, dan Teuku (Tengku) Ciah Kuala.

UMUM 
JA'FAR AL-SADIQ

Ja’far al-Sadiq (80 H-148 H/699 M-765 M), imam keenam daripada 12 orang Imam bagi aliran Syiah Imamiyyah Ithna Asy‘ariah atau al-Ja'fariyyah.

AGAMATokoh

Kembali ke atas