Perang Mislun atau Maysalun ialah peperangan orang Syria dengan penjajah Perancis. Perancis dan British telah membahagikan negara Syam kepada Syria, Lubnan, Palestin dan Jordan selepas Perang Dunia I (1914–1918 M.) mengikut Perjanjian Sykes–Picot. Perancis menjajah kawasan pantai Syria manakala bahagian pedalaman Syria diperintah oleh al-Amir Faysal. Perancis yang ingin menguasai keseluruhan Syria, telah menghantar Jeneral Gourand untuk berbincang dengan al-Amir Faysal. Dia meminta al-Amir Faysal menerima penyatuan Syria yang akan dibuat oleh Perancis dan beberapa permintaan lainnya. Kabilah-kabilah Arab di Syria menolaknya. Ini memaksa Jeneral Gourand memberi amaran secara bertulis kepada al-Amir Faysal supaya menerima tuntutan itu. Kerajaan al-Amir Faysal menerima amaran itu walaupun kabilah Arab tetap menolak tuntutan Perancis. |