| THE MALAY SOUND SYSTEM | THE MALAY SOUND SYSTEM, buku yang menghuraikan sisitem bunyi bahasa Melayu. Buku setebal 132 halaman ini ditulis oleh Yunus Maris dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. pada tahun 1980. buku ini digunakan untuk mengajar sistem sebutan bahasa Melayu di Maktab Bahasa, Kuala Lumpur. Buku ini diperlengkapkan dengan latihan untuk mengajar sebutan bahasa Melayu di Amerika Syarikat pada tahun 1962. Naskhah siklostil diterbitkan pada tahun 1966. | BAHASA | Penerbitan |
| API (AMERICAN PETROLEUM SYSTEM) | Sebuah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat yang menyediakan satu forum kepada industri gas dan minyak supaya memenuhi kehendak polisi negara tersebut. | KEJURUTERAAN | Konsep |
| KEKERABATAN MELAYU | KEKERABATAN MELAYU, amalan sistem kekerabatan dwisisi dan sistem kekerabatan senasab (nasab ibu) di kalangan orang Melayu. Pada umumnya, orang Melayu mengamalkan sistem kekerabatan dwisisi (bilateral/cognatif system), kecuali bagi mereka yang tinggal di Negeri Sembilan dan di beberapa tempat di Melaka. Penduduk di kedua-dua negeri berkenaan mengamalkan sistem kekerabatan senasab variasi nasab ibu (matrilineal system). Sistem sosial yang berasaskan prinsip nasab ibu ini lebih dikenal dengan nama sistem sosial adat perpatih, sedangkan sistem sosial yang berasaskan prinsip kekerabatan dwisisi, secara umumnya lebih dikenal dengan sistem sosial adat temenggung. Walau bagaimanapun, pengaruh sistem kekerabatan Islam ketara sekali hingga terdapat banyak persamaan dalam kedua-dua sistem kekerabatan Melayu yang dimaksudkan. | BUDAYA | Kekerabatan |
| SCHELLING, FRIEDRICH WILHELM JOSEPH VON | Schelling, Friedrich Wilhelm Joseph von (1775–1854) ialah ahli falsafah Jerman. Karya awalnya difahamkan sebagai penyambung penting antara Immanuel Kant dengan Johann Gottlieb Fichte pada satu pihak, dan G.W.F. Hegel pada satu pihak lagi. Karya ini memaparkan idealisme dan romantisisme Jerman. System of Transcendental Idealism (1800), ialah karya Schelling yang utama pada zaman remajanya. Dia kemudian mengkritik karyanya yang awal dan falsafah Hegel sebagai “falsafah negatif”. Schelling cuba mengembangkan “falsafah positif” yang menekankan pendedahan dan pengaruh eksistensialisme. | UMUM | |
| PAJAK | PAJAK, system sewa yang berkait dengan kegiatan pertanian. Pajak melibatkan persetujuan antara pemilik tanah dengan pemajak. Pemajak ialah orang yang membayar wang kepada pemilik tanah. Persetujuan ini adalah mengikut tempoh musim pertanian itu. Pemajak hendaklah melunaskan bayaran pajak dengan membayar dahulu secara tunai kepada tuan tanah. Jangka masa yang diliputi dalam pajakan ini boleh melebihi setahun. Biasanya tempoh pajakan adalah antara tiga hingga lima tahun, dan kadar pajakan adalah lebih rendah daripada harga pasaran hasil pajakan itu. | BUDAYA | Sistem |