CHOMSKY, NOAM | Chomsky, Noam (1928– ), ahli linguistik Amerika yang memperkenalkan tatabahasa transformasi. Tatabahasa transformasi adalah sistem yang menerangkan dengan tepat undangundang yang menentukan semua ayat yang boleh dibentuk dalam satu-satu bahasa. | UMUM | Umum |
METAMORFOSIS | Metamorfosis ialah perkataan Yunani yang bermakna transformasi. Ahli biologi menggunakan perkataan ini untuk menjelaskan perubahan nyata pada bentuk dan rupa yang berlaku pada haiwan peringkat rendah antara fasa pembesaran dengan fasa dewasa. | UMUM | |
ZARAH BETA | Zarah beta ialah elektron yang dibebaskan oleh nukleus atom radioaktif apabila terjadi transformasi nuklear. Kebanyakan zarah beta bercas negatif dan terbentuk apabila neutron bertukar kepada proton. | UMUM | |
ZARAH ALFA | Zarah alfa ialah zarah tenaga tinggi, bercas positif yang dikeluarkan oleh nukleus atom radioaktif apabila ia mengalami transformasi nuklear. | UMUM | |
LIE, MARIUS SOPHUS | Lie, Marius Sophus (1842–1899) ialah ahli matematik Norway yang terkenal kerana usahanya dalam teori kumpulan dan geometri bezaan. Selepas belajar di University of Christiana di Oslo, dia ke Paris pada tahun 1870. Di Paris dia bersama ahli matematik Jerman, Felix Klein melakukan penyelidikan tentang kumpulan transformasi. | UMUM | |