Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Tajikistan

Juga ditemukan dalam:


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAJIKISTAN

Tajikistan juga dieja Tadzhikistan , ialah negara

bergunung-ganang yang terletak di Asia Tengah.

Negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1991,

setelah lebih 60 tahun berada di bawah

pemerintahan Kesatuan Soviet. Nama negara ini

dalam bahasa Tajik, bahasa rasminya ialah Jumhurii

Tojikiston (Republik Tajikistan).

Tajikistan mempunyai keluasan 143 100 kilometer

persegi. Ibu negara dan bandar terbesarnya ialah

Dushanbe.

UMUM 
DUSHANBE

Dushanbe (pend. 359 000) ialah ibu negara dan

bandar terbesar di Tajikistan. Bandar ini terletak

di lembah ladang kapas di kaki bukit Gissar

dalam pergunungan Tian Shan (lihat Tajikistan

[peta]).

UMUM 
EMPANGAN ROGUN

Empangan Rogun, di Tajikistan ialah

empangan yang tertinggi di dunia. Empangan ini

setinggi 335 meter dan terletak di Sungai Vakhsh.

UMUM 
KOMANWEL NEGARA-NEGARA MERDEKA

Komanwel Negara-negara Merdeka ialah

pertubuhan negara-negara bebas yang dahulunya

merupakan republik Kesatuan Soviet. Negara

anggotanya terdiri daripada Armenia, Azerbaijan,

Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova,

Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan

Uzbekistan. Ibu pejabat komanwel ini ialah Minsk,

di Belarus.

UMUM 

Kembali ke atas