TAMIL BELL | konsep | AGAMA | Konsep |
TAMIL NADU | Tamil Nadu ialah sebuah negeri di tenggara India. Ia merupakan salah sebuah daripada empat negeri Dravidia di India dan mempunyai sejarah kebudayaan yang berterusan selama lebih daripada 2000 tahun. Tamil adalah salah satu bahasa kesusasteraan yang tertua di India. Lihat India , Bahasa. Tamil Nadu mempunyai beberapa seni bina kuil yang paling luar biasa di India, dan juga muzik dan tarian tradisi yang tidak pernah pudar. Penduduk negeri ini dikenali sebagai orang Tamil. Ibu negerinya ialah Madras. | UMUM | |
ORANG TAMIL | Bangsa | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
P.V AKILANDAM | P.V. Akilandam (1922-1988), sasterawan Tamil. Beliau yang dikenali dengan nama pena Akilan dilahirkan pada 27 Jun 1922 di Pudukotai, Tamil Nadu, India. | SASTERA | Tokoh |
BHARATANATYAM | Bharatanatyam, tarian tradisional masyarakat India. Tarian ini berasal dari Tamil Nadu, India. | SASTERA | Adat |
KEJATUHAN MELAKA | KEJATUHAN MELAKA, peristiwa kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang membawa kepada berlakunya peristiwa ini. Faktor dalaman dirangsang oleh sebab peribadi yang timbul akibat pergeseran berterusan antara dua golongan pembesar Melaka yang terdiri daripada pembesar Melayu dan pembesar Melayu Tamil-Islam. Kemunculan pembesar Melayu yang mewarisi darah Tamil-Islam bermula apabila Mani Purindan diambil sebagai menantu oleh Seri Nara Diraja pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Mani Purindan memperoleh dua orang anak iaitu Tun Ali dan Tun Wati. Tun Ali kemudiannya mewarisi gelaran Seri Nara Diraja, manakala Tun Wati diperisterikan oleh Sultan Muhammad Syah. Perkahwinan antara Sultan Muhammad Syah dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim yang kemudian menjadi Sultan Melaka bergelar Sultan Muzaffar Syah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
CHENNAI | Chennai, ibu negeri Tamil Nadu, wilayah yang terletak di selatan India. Chennai merupakan bandar keempat terbesar di India dengan jumlah penduduk seramai kira-kira 4.5 juta orang. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
NARASIMHAVARMAN I | Narasimhavarman I (630?–668?), juga dikenal sebagai Mamalla, merupakan raja dinasti Pallava di India selatan. Dia diingati terutamanya kerana membangunkan bandar Mahabalipuram, yang juga dikenal sebelumnya dengan nama Mamallapuram sempena menghormatinya. Bandar ini terletak di Teluk Benggala, yang kini dalam negeri Tamil Nadu, India. Ia telah pun berkembang maju sebagai pelabuhan perdagangan apabila Narasimhavarman menguasainya, dan dia seterusnya membesarkan dan menjadikan bandar ini sebagai pangkalan tentera laut dan pusat agama Hindu. Kuil-kuil dan tugu-tugunya yang masih ada menarik minat pelancong dan para sarjana. Wajah Narasimhavarman diukir pada salah satu ukiran batu, yang tertulis dengan kata-kata “Penambah Tiga Dunia” (“Augmenter of the Three World”). | UMUM | |
GURINDAM | GURINDAM, genre puisi Melayu lama yang mendapat pengaruh Hindu. Gurindam berasal daripada bahasa Tamil, iaitu “Kirandam” yang bererti amsal atau perumpamaan. | SASTERA | Konsep |
SAYID ABUL HASSAN BURHAN | SAYID ABUL HASSAN BURHAN ( ? - ? ), pencetak dan pelopor penerbitan akhbar berbahasa Melayu dan Tamil di Semenanjung Tanah Melayu. Sayid Abul Hassan adalah seorang India Muslim. Dia dilahirkan di Madras, India. Ketika berusia dalam lingkungan awal dua puluhan, dia merantau ke Semenanjung Tanah Melayu dan menetap di Taiping, Perak. Di bandar inilah dia berkhidmat sebagai guru bahasa Hindustani kepada pegawai-pegawai British dalam perkhidmatan Malay States Guides selama 20 tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |