| JUAL JANJI | JUAL JANJI, pinjaman kewangan yang diamalkan oleh penduduk desa yang memiliki tanah. Jual janji ini merujuk kepada peminjam yang memiliki tanah bersetuju untuk menjadikan tanah miliknya sebagai sandaran dalam pembayaran pinjaman. | BUDAYA | Konsep |
| TAMMAR | Tammar ialah walabi yang benar-benar kecil. Ia berbulu perang dan leher, dada dan perutnya berwarna putih. Sesetengahnya 60 sentimeter tingginya. Tammar betina beratnya empat kilogram dan tammar jantan beratnya lebih kurang enam kilogram. Tammar hidup di beberapa pulau pantai, dari Kepulauan Abrolhos di pantai barat Australia hingga ke Pulau Kangaroo di Australia Selatan. Ia juga hidup di tanah besar yang berdekatan, di hutan dan semak samun di desa. | UMUM | |
| SITI TANJUNG PERAK | SITI TANJUNG PERAK (1912-1992), pelakon filem. Dia lahir di Bugis, Pulau Sulawesi, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Siti Sundari Samad. Dia tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, hanya tamat sekolah desa. Semasa berumur belasan tahun, dia telah lari dari kampungnya untuk mengelakkan daripada kahwin paksa dan telah menyertai kumpulan bangsawan `Taman Setia’ pada tahun 1929. Nama Siti Tanjung Perak diperolehinya kerana dia sering mendendangkan lagu “Tanjung Perak” ketika mengadakan persembahan bangsawan di seluruh Indonesia dan Tanah Melayu pada ketika itu. | BUDAYA | Tokoh |